UPSI Digital Repository (UDRep)

Naskah drama Absurd Ismail Kassan berdasarkan konsep estetika bersepadu

AVAILABLE Thesis 330 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Naskah drama Absurd Ismail Kassan berdasarkan konsep estetika bersepadu
Type
Thesis
Main Author
Nasir Razali
Subject
P Language and Literature
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2024
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk merumuskan perutusan pengarang dalam naskhah drama absurd Ismail Kassan, iaitu _Syajar_, _Sabda Sang Pendeta_, dan _Istiqamah_. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dan penghuraian teks yang dilakukan secara deskriptif. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti ciri-ciri naskhah drama absurd Melayu, menyelidiki Konsep Estetika Bersepadu yang digagaskan Abdul Halim Ali (2010) dan merumuskan perutusan pengarang dalam trilogi naskhah drama absurd Ismail Kassan dengan mengaplikasikan Konsep Estetika Bersepadu. Hasil kajian mendapati, ciri-ciri naskhah drama absurd Melayu mengetengahkan nilai-nilai keislaman dan isu-isu masyarakat, selain latar pentas dan watak-watak tidak spesifik, dialog tegas dan menarik serta mempunyai elemen moden. Hasil kajian menunjukkan Konsep Estetika Bersepadu oleh Abdul Halim Ali menekankan Ciri-ciri Keadaman Teks Kesusasteraan perpegang kepada prinsip kesepaduan dan perkaitan yang ada pertalian tekstual dalam usaha pengarang menyampaikan mesej kebajikan dan kebaikan kepada khalayak. Ini mempunyai fungsi dan sifat hampir sama seperti proses Allah SWT mencipta Nabi Adam AS dengan tujuan Nabi Adam AS menjadi khalifah di dunia untuk menyampaikan kebenaran-Nya. Hasil kajian mendapati Konsep Estetika Bersepadu yang diaplikasikan terhadap ketiga-tiga teks Ismail Kassan dapat merumuskan perutusan pengarang berkenaan Keesaan Allah SWT, al- Quran, Rasul-Rasul utusan-Nya, manusia dengan Allah SWT, akidah, Iblis, perpaduan, alam sekitar, takdir, ajal, akal, pemimpin, tamak, sombong, hasad dengki, air, ilmu, kedudukan, kekuasaan dan kemaksiatan. Kesemua perutusan ini membuktikan pengarang sedar hakikat insan yang dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT untuk menyampaikan kebenaran-Nya kepada khalayak menerusi teks ciptaannya. Implikasinya, kajian ini mendapati perutusan pengarang itu memberi manfaat untuk kesejahteraan hidup manusia yang melewati daerah keimanan khususnya kepada umat Islam kerana ia bersifat sejagat dan melepasi batas waktu.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.