UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LC Special aspects of education
Main Author :Nor Afza Harun
Title :Penggunaan strategi pengajaran membaca kaedah latih tubi holistic bagi mengusai kemahiran membaca murid pemulihan khas tahun dua
Hits :1
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan strategi pengajaran bahasa (SPB) bagi menguasai kemahiran membaca dalam kalangan murid pemulihan khas Tahun 2. Objektif kajian adalah untuk meneroka pengetahuan guru pemulihan khas tentang SPB, menghuraikan pelaksanaan SPB dalam PdP Bahasa Melayu, menjelaskan proses SPB membaca untuk meningkatkan kemahiran membaca murid pemulihan dan melihat keberkesanan pelaksanaan PdP kemahiran membaca menggunakan SPB membaca Kaedah Latih Tubi Holistik. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Peserta kajian terdiri daripada seorang guru pemulihan dan seramai 22 orang murid pemulihan yang dipilih secara bertujuan. Pengumpulan data dilakukan melalui teknik pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Data dianalisis secara deskriptif, berdasarkan tema-tema yang terhasil dan dipersembahkan dalam bentuk naratif. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan guru pemulihan terhadap SPB adalah baik. Pelaksanaan SPB di dalam PdP pula dapat dilihat pada peringkat persediaan guru sebelum sesi PdP, semasa dan pada peringkat penutup serta penilaian. Berdasarkan pengetahuan dan pelaksanaan SPB guru pemulihan, satu kaedah membaca yang dikenali sebagai Kaedah Membaca Latih Tubi Holistik telah dihasilkan dan telah diuji keberkesanannya. Dapatan kajian turut menunjukkan keberkesanan yang positif dalam kalangan murid pemulihan hasil daripada penggunaan pengajaran membaca menggunakan kaedah holistik. Kajian ini memberi implikasi kepada guru pemulihan dalam membuat pilihan penggunaan SPB yang sesuai bagi merancang PdP yang bersistem serta memberi implikasi positif kepada pihak sekolah dengan kadar buta huruf dan murid gagal menguasai kemahiran membaca dapat dikurangkan. Selain itu, dalam bidang pendidikan pemulihan, implikasi kajian turut memberikan kesan yang baik kepada murid pemulihan untuk mempercepatkan penguasaan kemahiran membaca mereka.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.