|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006_2010 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2007) berhasrat untuk memastikan bukan sahaja dapat melahirkan guru yang berkualiti malahan untuk memastikan mereka yang berkualiti ini kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Bagi mencapai hasrat ini, standard pengajaran yang berkesan dan berkualiti harus diamalkan di kalangan guru-guru khususnya guru matematik. Kajian ini melibatkan tiga peringkat. Pertama, kajian literatur dilaksanakan secara intensif tentang standard pengajaran matematik yang diperkenalkan di luar negara seperti National Council of Teacher of Mathematics (NCTM, 2000), The Australian Association of Mathematics Teachers (AAMT, 2006) dan Training and Development Agency for School (TDA, 2007). Di Malaysia, Standard Kualiti Pendidikan (2003) dan Standard Guru Malaysia (2007) turut diperkenalkan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti guru dalam perkhidmatan dan praperkhidmatan. Peringkat kedua melibatkan pembinaan instrumen soal selidik tentang komponen-komponen standard kecemerlangan pengajaran matematik yang dikenal pasti pada peringkat pertama dan mendapat kesahan muka (face validity) pakar-pakar pendidikan matematik. Empat komponen (konstruk) yang telah dikenal pasti ialah Amalan ikhtisas (AI), Atribut Ikhtisas (ATI), Pengetahuan Ikhtisas (PI), dan Proses Pengajaran Pembelajaran Ikhtisas (PPPI). Instrumen ini telah diuji dalam kajian rintis dan indeks kebolehpercayaan Cronbach_s Alpha instrumen adalah melebihi 0.85. Seterusnya pada peringkat ketiga, instrumen yang diperbaiki dikenali sebagai Standard Kecemerlangan Pengajaran Matematik atau SET@MATH. Instrumen ini telah ditadbir secara pos kepada 224 buah sekolah di Semenanjung Malaysia secara rawak yang melibatkan seramai 1,120 orang guru matematik sekolah menengah. Seramai 820 (73.2 %) guru matematik telah memberi respon. Dapatan kajian mendapati persepsi guru matematik sangat tinggi tentang tiga konstruk iaitu Atribut Ikhtisas (ATI), Amalan Ikhtisas (AI) dan Proses Pengajaran Pembelajaran Ikhtisas (PPPI). Di samping itu, satu _Model SET@MATH_ telah dibina berdasarkan Model Persamaan Berstruktur menerusi kaedah Kuasadua Terkecil Separa dan model tersebut dapat disuaikan dan boleh diterima sebagai satu Model Kecemerlangan Pengajaran Matematik.
Kata Kunci Standard Pengajaran Matematik, Model Persamaan Berstruktur |
| References |
Bahagaian Pendidikan Guru (2007). Draf Standard Guru Malaysia. Edisi Mei 2007. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Byrne, B. M. (1998). Structural equation modeling with LISREL, PRELIS, and SIMPLIS: Basic concepts, applications, and programming. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum.
Graham, K.J. & Fennell, F. (2001). Principles and standard for school mathematics and teacher education: Preparing and empowering teachers. Journal School Science and Mathematics. 101(6): 319-327.
Kaplan, R. M. & Saccuzzo, D. P. (1997). Psychological testing: Principles, applications and issues. Belmont: Brooks.
Kline, R. B. (2005). Principles and practice of structural equation modeling. Edisi Kedua. New York: Guilford.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Kementerian Pelajaran. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Learning Space Websites. Diperolehi pada 2 April 2009 daripada http://openlearn.open.ac.uk/mod/ resource/view.php?id=213968
Lohmoller, J.B. (1989). Latent variable path modeling with partial least squares. Heidelberg: Physica Verlag.
National Council for Teachers of Mathematics (2000). Principles and Standards for School Mathematics. Reston, VA: NCTM. New York: Guilford Press.
Noor Shah Saad, Nor’ain Mohd Tajudin, Zulkifley Mohamed, Muzirah Musa, Lim Kian Boon (2009). Mathematics teaching standard: Raising the quality of mathematics teacher in Malaysian school. Dalam Prosiding First International Conference on Educational Research and Practice (ICERP 2009). Putrajaya: Marriot Hotel.
Nugent, W., Sieppert, J. & Hudson, W. (2000). Practice evaluation for the 21st Century. Pacific Grove, CA: Brooks/Cole.
Peterson, A. (2007). Professional Attributes. Citizenship and Teacher Education. Diperolehi pada 2 April 2009 daripada http://www.citized.info/pdf/briefing/ Andrew%20Peterson%20 Professional %20Attributes %20Paper.doc
Schumacker, R. E., & Lomax, R. G. (2004). A beginner’s guide to structural equation modeling. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum.
Shulman, L. S. (1986). Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational Researcher, 15 (5): 4-14.
Stigler, J.W. & Hiebert, J. (1999). The Teaching Gap: Best Ideas from the World’s Teachers for Improving Education in the Classroom. New York: Free Press.
State Board of Education (2002). Iowa teaching Standards and Model Criteria. Diperoleh pada 2 April 2009. http://www.iowaccess.org/educate/ecese/tqt/tc/doc/itsmc030122.html.
The Australian Association of Mathematics Teachers (2006). Standards for Excellence in Teaching Mathematics in Australian Schools. Adelaide: The Australian Association of Mathematics Teachers Inc.
The Training and Development Agency for Schools’ (2007). Professional Standards for Teacher. London. Diperoleh pada 23 April 2008. www.tda.gov.uk/stamndards.
Thornton, S. & Morony, W. (2005). Standards for Excellence in Teaching Mathematics. The Mathematics Educator. 9 (1): 12-28.
Tenenhaus, M., Vinzi, V. E., Chatelin, Y. M., Lauro, C. (2005). PLS path modelling. Computational Statistics and Data Analysis, 48: 159-205. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |