|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian faktor kemahiran metakognitif yang terdiri daripada kemahiran memantau, kemahiran menilai, dan kemahiran mengawalatur dilakukan kepada 317 orang pelajar yang mengambil kursus B2001 Matematik Kejuruteraan di Politeknik Kuching Sarawak. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik yang mengandungi 24 item berskala Likert 4 mata. Hasil kajian telah mendapati bahawa pelajar mempunyai tahap metakognitif yang memuaskan dengan min keseluruhan 3.17. Min bagi ketiga-tiga kemahiran memantau, menilai, dan mengawalatur masing-masing adalah 3.20, 3.14 dan 3.18. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan dalam tahap kemahiran metakognitif mengikut jantina dan peringkat pengajian. Dapatan menunjukkan kemahiran metakognitif yang paling kurang dipraktikkan adalah (1) Menyemak semula jawapan yang diberi, (2) Menilai masa yang diperuntukkan untuk setiap soalan Matematik, dan (3) Bertanya pada diri sama ada sesuatu maklumat diperlukan. Analisis juga mendapati pelajar lebih kerap menyemak jalan kerja agar jawapan diberi adalah betul. Keputusan kajian telah mendapati kemahiran menilai kerap diamalkan oleh pelajar diikuti dengan kemahiran memantau dan mengawalatur.
Kata Kunci metakognitif, memantau, menilai, mengawalatur |
| References |
Agnes Chang Shook Cheong. (2002). Teacher’s handbook on learning generic thinking skills. Singapore: Prentice Hall.
Garofalo, J. & Lester, F.K. (1985). “Metacognition, Cognitive Monitoring and Mathematical Performance”. Journal for Research in Mathematics Education. 16 (3). 163-176.
Harris, K.R., & Graham, S. (2009). Self-regulated strategy development in writing: Premises, evolution, and future. British Journal of Educational Psychology. (Monograph Series). Num 6, 113 - 135.
Jousovec, N. (1994). Flexible thinking: an explanation for individual differences in ability. New Jersey: Hampton.
Lee, N.H., & Chang, C. S., & Lee, P. (2001). The role of metacognition in the learning of mathematics among low-achieving students. Teaching and Learning, 2(2). 18-29.
Namsoo, S.H. (1998). The relationship between well-structured and ill-structured problem solving multimedia simulation. Unpublished doctoral thesis, The Pennsylvania State University.
National Council of Teachers of Mathematics. (2000). Principals and standards for school mathematics. Reston, V.A: Author.
Nietfeld, J. L., & Schraw, G. (2002). The effect of knowledge and strategy training on monitoring accuracy. The Journal of Educational Research, 95,131-142.
Poon, C.Y. (2003). “Kurikulum yang dihasratkan dan kurikulum yang dilaksanakan: Pengajaran penyelesaian masalah Matematik KBSM”. Disertasi sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor, Malaysia.
Pressley, M., & Harris, K. R. (2006). Cognitive strategy instruction: From basic research to classroom instruction. In P. Alexander & P. Winne (Eds.), Handbook of educational psychology. San Diego: Academic.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Huraian sukatan mata pelajaran Fizik KBSM. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Savia A. Coutinho. (2006). The relationship between the need for cognition, metacognition, and intellectual task performance. Educational Research and Reviews, 1(5), 162-164.
Vos, H. (2001). A metacognition interaction in mathematics at university level. International Journal of Mathematical Education in Science and Technology: 37(1).
Zaidatun Tasir, Jamalludin Harun, & Nur Wahida Zakaria. (2008) Tahap kemahiran metakognitif pelajar dalam menyelesaikan masalah. Kertas pembentangan dalam Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik pada 11-12 Oktober 2008.
Zan, R. (2000). A metacognition interaction in Mathematics at university level. International Journal of Mathematical Education in Science and Technology. 31(1). |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |