UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Mohamad Aidie Ikhwan Mohamad
Title :Pembinaan dan kebolehlaksanaan permainan digital geospatial yang menerapkan kemahiran penaakulan spatial dalam kalangan guru matematik
Hits :12
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk membina dan menentukan kebolehlaksanaan permainan digital GeoSpatial bagi bidang Geometri terhadap guru matematik Tingkatan Satu. Kajian ini menggunakan pendekatan ADDIE sebagai reka bentuk kajian. Kajian ini menggunakan analisis data secara kuantitatif dan melibatkan 140 orang guru matematik. Hasil kajian menunjukkan nilai peratusan persetujuan pakar adalah baik iaitu 82.7%. Nilai pekali alfa Cronbach adalah 0.983 sekaligus menunjukkan bahawa instrumen yang digunakan dalam kajian ini mempunyai kebolehpercayaan yang baik dan boleh digunakan dalam kajian sebenar. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik kebolehlaksanaan yang merangkumi dua konstruk iaitu kecekapan dengan kriteria kebolehcapaian objektif dan kebolehlaksanaan PdP dan konstruk kepuasan dengan kriteria keselesaan pengguna, format dan isi kandungan yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Hasil kajian terhadap kebolehlaksanaan menunjukkan permainan digital GeoSpatial mempunyai tahap kebolehlaksanaan yang tinggi dengan purata nilai min skor konstruk kecekapan ialah 4.60 dengan kriteria kebolehcapaian objektif 4.60 dan kebolehlaksanaan PdP 4.60. Bagi konstruk kepuasan pula dengan min skor 4.59 dengan kriteria keselesaan pengguna 4.63, kriteria format 4.54 dan kriteria isi kandungan 4.60. Kedua-dua nilai min skor konstruk ini berada pada tahap yang tinggi. Kesimpulannya, responden berpuas hati dan memberikan persetujuan bahawa permainan ini mempunyai tahap kebolehlaksanaan yang baik. Implikasinya, penggunaan permainan digital GeoSpatial ini dapat mambantu murid untuk meningkatkan tahap penaakulan spatial terutama dalam bidang Geometri. Selain itu, permainan ini juga membantu guru meningkatkan pemikiran kreatif dalam membangunkan cabaran dan aktiviti yang relevan dengan konsep matematik dalam pengajaran dan pembelajaran.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.