UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan kerangka pengajaran pembelajaran Jarak jauh kecemasan dalam kalangan pelajar teknologi maklumat di peringkat Pendidikan tinggi

AVAILABLE Thesis 290 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Pembangunan kerangka pengajaran pembelajaran Jarak jauh kecemasan dalam kalangan pelajar teknologi maklumat di peringkat Pendidikan tinggi
Type
Thesis
Main Author
Irdina Farzana Ahmad Shazli
Subject
LB2300 Higher Education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2024
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Pembelajaran dan Pengajaran Jarak Jauh Kecemasan (PPJK) merujuk kepada sesi pengajaran pembelajaran sewaktu kecemasan berlaku contohnya sewaktu pandemik melanda yang berlaku secara tiba-tiba. Terdapat beberapa kerangka PPJK telah dibangunkan. Namun, tiada kerangka PPJK lepas yang khusus untuk pelajar Teknologi Maklumat. Justeru, kerangka pengajaran dan pembelajaran jarak jauh kecemasan (KPPJK) bagi kajian ini memfokuskan kepada pelajar dan pengajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Pendidikan Teknologi Maklumat. Seterusnya, kajian ini menggunakan reka bentuk kajian explanatory research design serta pendekatan Design and Development Research yang mempunyai tiga fasa: analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan dan penilaian. Instrumen bagi kajian ini adalah borang soal selidik, Focus Group Discussion (FGD) dan temu bual. Sampel bagi kajian ini adalah 580 pelajar Pendidikan Teknologi Maklumat, lapan pengajar dan tujuh pakar. Pada fasa pertama, borang soal selidik telah diadaptasi daripada beberapa kajian lepas untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi dan keperluan yang diperlukan oleh pelajar serta mengenal pasti perbezaan ciri-ciri profil pelajar mengikut tahap pencapaian pelajar semasa PPJK. Selanjutnya, temu bual bersama lapan orang pengajar telah dijalankan bagi memperolehi masalah utama yang dihadapi pengajar. Seterusnya, FGD dijalankan untuk mengenal pasti elemen-elemen dan sub-elemen yang diperlukan dalam KPPJK. Pada fasa kedua, kolerasi yang signifikan antara elemen-elemen telah dikenal pasti menggunakan Pooled Confirmatory Factor Analysis dan KPPJK telah dibangunkan melalui kaedah triangulasi. Pada fasa ketiga, teknik Fuzzy Delphi Method telah digunakan untuk mendapatkan penilaian kesahan pakar bagi KPPJK yang dibangunkan. Secara keseluruhan, KPPJK mengandungi lima elemen penting iaitu pengajaran dan pembelajaran, teknologi, psikologi, sosial dan motivasi serta sub-elemen bagi setiap elemen. KPPJK ini dapat digunakan bagi pelajar Teknologi Maklumat di peringkat pendidikan tinggi serta dapat mengisi jurang dalam Bidang Pendidikan Teknologi Maklumat. Kajian ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada pelajar Pendidikan Teknologi Maklumat, pengajar, universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi apabila sesuatu krisis melanda.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.