UPSI Digital Repository (UDRep)

Kepimpinan muslimat dalam parti islam se-Malaysia di negeri Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004

AVAILABLE Thesis 266 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kepimpinan muslimat dalam parti islam se-Malaysia di negeri Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004
Type
Thesis
Main Author
Noor Asyanti Abu Bakar
Subject
JF Political institutions (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2024
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis status kepimpinan, pengaruh dan gerak kerja muslimat dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan pentadbiran kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 serta sumbangan tokoh-tokoh dalam kalangan mereka. Reka bentuk penyelidikan kualitatif dipilih dalam menjawab empat persoalan kajian dan menghuraikan empat objektif kajian . Metodologi kajian sejarah yang telah digunakan meliputi analisis dokumen dan bahan sejarah, temu bual bersama responden yang terlibat serta pemerhatian penyelidik. Analisis tema (thematic analysis) telah digunakan dalam kaedah analisis kajian ini untuk membantu penyelidik menghuraikan hasil analisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan muslimat PAS adalah meliputi kepimpinan dalam diri, rumah tangga, kepimpinan dalam masyarakat dari aspek pendidikan (tarbiyah), dakwah dan politik. Selain itu, kajian menunjukkan pengaruh muslimat PAS telah memberi kesan kepada pelaksanaan dasar kerajaan negeri ketika itu melalui penggubalan Enakmen Undang-undang Kerajaan Negeri Terengganu yang membolehkan ADUN wanita dilantik jika mereka tidak dipilih dalam pilihan raya serta peruntukan cuti bersalin 90 hari kepada kakitangan wanita. Di samping itu, pembentukan Jawatankuasa Induk Wanita Negeri (MAWADDAH) untuk membela hak-hak wanita mengikut syariat Islam dan pelantikan Ahli Dewan Negara (Senator) daripada kalangan muslimat PAS menunjukkan pengiktirafan kerajaan dan parti kepada muslimat. Tambahan pula, gerak kerja muslimat didapati meliputi setiap sektor dalam organisasi parti dan agensi kerajaan dari peringkat negeri hingga ke cawangan. Tokoh-tokoh muslimat PAS iaitu To_ Puan Fatimah Ibrahim, YB Senator Safinah Jusoh dan Hajah Zarani Othman telah memberi sumbangan dalam parti, pentadbiran kerajaan serta masyarakat ketika itu. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan kepimpinan muslimat PAS mampu menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan baik dan telah berperanan secara aktif dalam parti, agensi dan pentadbiran kerajaan negeri serta masyarakat. Implikasi kajian menunjukkan pembentukan polisi politik mampu memperkasakan kepimpinan wanita Islam, di samping sokongan organisasi parti dapat meningkatkan keberkesanan kepimpinan muslimat.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.