UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :JC Political theory
Main Author :Nurul Wahida Ismail
Title : Persepsi pengundi pasca pilihanraya Raya umum ke-14 di Dewan Undangan Negeri N23 Manjoi dan N59 Behrang Perak
Hits :1
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 telah berpihak kepada parti gabungan baharu iaitu Pakatan Harapan (PH) di Perak. Perubahan kerajaan PH daripada BN telah dipengaruhi oleh keputusan pengundi ketika PRU ke-14. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti pola pengundian di DUN Manjoi dan Behrang pada PRU ke-12 (2008) hingga PRU ke-14 (2018), menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan pengundi dan menilai persepsi pengundi terhadap wakil rakyat baharu di DUN Manjoi dan Behrang pada PRU ke-14. Teori Pilihan Rasional digunakan sebagai kerangka teori untuk mengenal pasti pilihan pengundi dalam membuat keputusan. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan menerusi instrumen soal selidik untuk mengumpulkan data responden. Data soal selidik dianalisis menggunakan SPSS Statistics 23. Persampelan kajian melibatkan 450 orang responden yang dipilih secara rawak berstrata di DUN Manjoi dan Behrang. Dapatan kajian menunjukkan berlaku perubahan pola pengundian di DUN Manjoi dan Behrang kerana dipengaruhi secara langsung oleh pilihan parti, ekonomi dan calon yang bertanding dalam PRU ke-14. Pilihan responden dalam PRU ke-14 di DUN Manjoi dan Behrang adalah signifikan kepada pilihan calon berbanding pilihan parti dan ekonomi serta berdasarkan kepada faktor kepimpinan dan ketokohan Dr. Mahathir yang pernah membangunkan ekonomi Malaysia selama 22 tahun. Seterusnya, penglibatan gabungan parti baharu seperti Amanah dan Bersatu juga telah memberi peluang kepada pengundi untuk lebih bersikap rasional untuk membuat keputusan. Berdasarkan persepsi responden berkaitan wakil rakyat baharu menunjukkan impak yang positif apabila calon yang dipilih menepati kriteria seperti mesra rakyat, peramah, bertanggungjawab dan menjaga kebajikan rakyat. Jelaslah bahawa responden telah memberi peluang dan memilih calon yang diyakini mampu meningkatkan pembangunan sosioekonomi di Manjoi dan Behrang. Kajian mendapati pilihan pengundi di kawasan yang mengalami perubahan dalam PRU ke-14 terarah kepada pilihan calon berbanding pilihan lain.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.