Persembahan Dikir Barat Kanak-Kanak Berkonsepkan Happening Art bertemakan fenomena Covid-19
Type
Thesis
Main Author
Aidahiea Shuhada Joahri
Subject
M Music
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2024
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Persembahan Dikir Barat Kanak-Kanak Berkonsepkan Happening Art bertemakan Tragedi Covid-19 merupakan acara seni yang menggabungkan unsur Dikir Barat dengan unsur Happening Art . Ia adalah sebuah seni persembahan interaktif dan kontemporari. Karya ini telah diinspirasikan berdasarkan perubahan dalam rutin harian, cabaran pembelajaran atas talian dan kehilangan yang dialami oleh kanak-kanak. Objektif karya ini adalah bagi mengenal pasti kesan Covid-19 terhadap emosi kanakkanak bagi mencetuskan penciptaan lagu baharu Dikir Barat. Di samping itu, ia adalah bertujuan mempersembahkan permainan Dikir Barat kanak-kanak dengan mengekplorasi emosi kanak-kanak yang terkesan akibat Covid-19. Dalam persembahan ini, kanak-kanak akan menggunakan medium seni Dikir Barat untuk menyampaikan cerita dan perasaan mereka mengenai pandemik Covid-19. Mereka akan melibatkan pergerakan, vokal, dan alat muzik tradisional serta simulasi yang akan dipamerkan dikalangan kanak-kanak dalam persembahan mereka. Namun, apa yang menyerlahkan persembahan ini ialah pendekatan seni Happening Art yang bersepadu, di mana penonton juga akan dijemput untuk mengambil bahagian secara aktif.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.