UPSI Digital Repository (UDRep)

Tahap pengetahuan dan sikap terhadap LGBT dalam kalangan murid Islam tingkatan enam di Kuala Lumpur

AVAILABLE Thesis 196 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Tahap pengetahuan dan sikap terhadap LGBT dalam kalangan murid Islam tingkatan enam di Kuala Lumpur
Type
Thesis
Main Author
Anis Syahidah Ahmad Yusof
Subject
LB1603 Secondary Education. High schools
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2024
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan sikap terhadap LGBT. Reka bentuk kajian ini adalah kaedah kajian tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 278 responden yang telah dipilih secara rawak daripada 1092 orang murid tingkatan enam yang bersekolah di sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang telah telah disahkan oleh tiga orang pakar. Kebolehpercayaan instrumen soal selidik adalah tinggi berdasarkan pekali Alpha Cronbach a = 0.93 bagi pembolehubah pengetahuan terhadap LGBT dan pembolehubah sikap terhadap LGBT. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi iaitu kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, ujian-t, ANOVA dan korelasi Pearson. Statistik deskriptif digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan dan sikap terhadap LGBT dalam kalangan responden. Statistik inferensi pula digunakan untuk melihat perbezaan tahap pengetahuan dan sikap terhadap LGBT berdasarkan faktorfaktor demografi seperti jantina dan umur. Selain itu, statistik inferensi digunakan untuk mengenalpasti hubungan di antara pengetahuan dan sikap terhadap LGBT. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap LGBT berdasarkan skor secara keseluruhan (min=101.09, s.p=7.35). Begitu juga dengan sikap terhadap LGBT menunjukkan skor secara keseluruhan yang tinggi (min=79.36, s.p=7.92). Dapatan ini menunjukkan bahawa responden mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang LGBT dari perspektif agama serta mempunyai sikap yang tidak menerima LGBT. Bagi dapatan statistik inferensi pula menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan pada tahap pengetahuan terhadap LGBT berdasarkan jantina dan umur responden. Analisis juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi sikap terhadap LGBT berdasarkan jantina dan umur responden. Ini bermakna terdapat faktor lain selain jantina dan umur yang membezakan di antara tahap pengetahuan dan sikap terhadap LGBT. Analisis hubungan di antara tahap pengetahuan dan sikap terhadap LGBT pula mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif di antara kedua-dua pembolehubah tersebut. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pengetahuan terhadap LGBT terutamanya mengikut perspektif Islam adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.