UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan modul berasaskan projek home-based learning dalam Sains Awal Kanak-Kanak

AVAILABLE Thesis 273 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembangunan modul berasaskan projek home-based learning dalam Sains Awal Kanak-Kanak
Type
Thesis
Main Author
Nadia Shahira Amiruddin
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara
Year of publication
2024
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Pendekatan projek secara home-based dapat membantu kanak-kanak mendalami Sains Awal apabila mereka belajar bersama ibu bapa atau penjaga di rumah. Kajian ini bertujuan membangunkan modul pembelajaran berasaskan pendekatan projek yang mengaplikasikan home-based learning dalam Sains Awal untuk kanak-kanak. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan (Design and Development Research). Kajian ini terbahagi kepada tiga fasa. Fasa I merupakan analisis keperluan yang melibatkan penggunaan borang kaji selidik kepada 342 orang pasangan ibu bapa yang mempunyai anak lima hingga enam tahun. Fasa seterusnya iaitu fasa II ialah reka bentuk dan pembangunan modul. Fasa ini menggunakan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) melalui penglibatan seramai 15 orang pakar yang terdiri daripada pensyarah di Universiti Awam dan Swasta dalam bidang Pendidikan Awal Kanakkanak. Fasa III iaitu fasa penilaian kebolehgunaan yang menggunakan Nominal Group Technique (NGT) dan temu bual. Fasa ini melibatkan 14 orang pakar bagi menilai kebolehgunaan modul ini serta tiga orang pakar untuk temu bual. Dapatan keseluruhan fasa I yang menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 29 menunjukkan 100% responden bersetuju bahawa terdapat keperluan dalam membangunkan modul pembelajaran berasaskan pendekatan projek secara home-based learning dalam Sains Awal untuk kanak-kanak. Dapatan fasa II pula menghasilkan sebuah modul pembelajaran berasaskan pendekatan projek secara home-based learning dalam Sains Awal yang terdiri daripada 4 Komponen dan 39 item yang mendapat konsensus yang tinggi terhadap komponen dan item yang dibangunkan. Hal ini disebabkan oleh semua komponen dan item telah memenuhi syarat segi tiga fuzzy iaitu nilai ambang (d) _ 0.2 dan peratus kesepakatan pakar _ 75.0% serta memenuhi syarat penilaian fuzzy iaitu skor fuzzy (A) _ nilai _-cut = 0.5. Fasa III menunjukkan persetujuan kebolehgunaan modul yang dibangunkan berdasarkan nilai peratusan kebolehgunaan melebihi 70%. Hasil kajian ini telah membangunkan satu modul pembelajaran berasaskan projek secara home-based learning dalam Sains Awal untuk kanak-kanak bagi kegunaan ibu bapa atau penjaga di rumah. Modul ini dapat digunakan oleh semua pihak berkepentingan terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia dalam meningkatkan minat kanak-kanak terhadap Sains Awal.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.