UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Amin,Akhbar
Title : Pembentukan model pembangunan pemain bola sepak bawah 17 tahun Indonesia dan Malaysia
Hits :13
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Peralihan daripada pemain bola remaja kepada dewasa ialah satu tempoh kritikal, yang mana ramai pemain bola sepak telah menunjukkan prestasi yang baik semasa remaja namun gagal mengekalkan prestasi mereka sehingga dewasa. Prestasi pemain bola sepak dari remaja ke dewasa merupakan masalah besar dan serius bagi bola sepak negara kerana pemain remaja ialah kunci masa hadapan pasukan bola sepak senior pada masa akan datang. Kajian ini dilakukan untuk meneroka isu dan cabaran laluan pembangunan pemain bola sepak bawah 17 tahun Indonesia dan Malaysia, serta mengenal pasti ciri-ciri psikologi yang dapat membantu pemain bola sepak bawah 17 tahun untuk mengekalkan kesinambungan prestasi mereka hingga dewasa. Tujuan akhirnya ialah membina sebuah model pembangunan pemain bola sepak bawah 17 tahun Indonesia dan Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan grounded theory, sebanyak 25 pelatih dari Indonesia dan Malaysia mengambil bahagian dalam kajian ini dengan kriteria memiliki lesen kejurulatihan dan mempunyai pengalaman kejurulatihan sekurang-kurangnya lima tahun. Hasil kajian menunjukkan terdapat tiga tema masalah dalam laluan pembangunan iaitu kemudahan, keupayaan jurulatih dan transformasi ideologi. Selain itu, terdapat juga empat tema cabaran untuk pembangunan pemain bola sepak iaitu cabaran fizikal, teknikal, taktikal dan keadaan psikologi. Keputusan lain menunjukkan terdapat dua tema besar berkaitan ciri-ciri psikologi yang diperlukan oleh pemain bola sepak dalam pembangunan, iaitu ciri psikologi individu dan ciri psikologi persekitaran. Sembilan tema yang diperolehi dalam kajian ini digunakan untuk menghasilkan model pembangunan pemain bola sepak bawah 17 tahun Indonesia dan Malaysia yang lebih bersepadu, holistik dan berkesan. Model ini diharapkan dapat dijadikan rujukan oleh pihak berkepentingan bola sepak di setiap negara untuk mewujudkan program pembangunan pemain bola sepak bawah 17 tahun._ _ _ _ _ _
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.