UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan kit E-Muhadathat dalam meningkatkan kesedian pelajar Upsi untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab

AVAILABLE Thesis 180 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembangunan kit E-Muhadathat dalam meningkatkan kesedian pelajar Upsi untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab
Type
Thesis
Main Author
Siti Rahmah Borham
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan kit media pendidikan (kit E-Muhadathat) untuk pembelajaran komunikasi bahasa Arab, mengenal pasti kebolehgunaan dan keberkesanannya terhadap kesediaan untuk berkomunikasi (KUB) dalam bahasa Arab. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen terhadap 34 pelajar sebagai responden daripada Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dipilih melalui teknik pensampelan rawak mudah, dan 13 responden pakar dari pelbagai bidang bagi menilai kebolehgunaan kit E-Muhadathat berdasarkan teknik Fuzzy Delphi. Data dikumpulkan menggunakan instrumen praujian, pasca ujian, soal selidik kebolehgunaan kit, dan dianalisis menggunakan analisis deskriptif, ujian-t, dan teknik Fuzzy Delphi. Hasil analisis menunjukkan bahawa kit E-Muhadathat berkesan dalam meningkatkan KUB bahasa Arab pelajar, dengan perbezaan yang signifikan antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan (p=0.000). Selain itu, hasil dari teknik Fuzzy Delphi menunjukkan bahawa 13 item dalam kit mencapai konsensus pakar melebihi 75%, iaitu antara 77%-100%, dengan nilai ambang di bawah 0.2 (d=0.066- 0.186) dan skor Fuzzy (A) melebihi 0.5 (_-cut=0.790-0.885). Kesimpulannya, penggunaan kit media pendidikan (Kit E-Muhadathat) untuk pembelajaran komunikasi bahasa Arab berpotensi meningkatkan KUB bahasa Arab dalam kalangan pelajar pengkhususan Bahasa Arab, UPSI. Kajian ini memberi implikasi positif kepada pedagogi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Arab di Universiti Awam dan khususnya di UPSI. Kajian ini juga memberikan panduan praktikal bagi pembangunan kit media yang berkesan untuk pembelajaran komunikasi bahasa Arab pada peringkat universiti bagi menggalakkan pembelajaran kendiri yang interaktif dan berpusatkan pelajar.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.