|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Nyanyian tradisional Melayu adalah seni warisan budaya yang kaya dengan nilai sejarah dan identiti masyarakat Melayu. Namun, ia semakin kurang diminati terutama dalam kalangan generasi muda yang lebih tertarik kepada muzik moden dan popular. Tanpa inisiatif untuk memperbaharui bentuk persembahan, nyanyian tradisional ini berisiko ketinggalan zaman dan mungkin dilupakan. Kajian ini meneliti konsep Harmontradiloka sebagai pendekatan baharu dalam persembahan nyanyian tradisional Melayu. Objektif kajian adalah untuk memperkenalkan ensembel vokal dengan harmoni moden dalam nyanyian tradisional Melayu, mengumpul koleksi lagu tradisional dari pelbagai genre, serta menyampaikan persembahan dalam bentuk konsert muzikal yang disertai elemen koreografi dan teaterikal. Kajian menggunakan kaedah berasaskan amali untuk penghasilan karya serta kaedah kualitatif, termasuk temu bual tidak berstruktur, kajian perpustakaan melalui bahan bacaan, kajian terdahulu, artikel, jurnal, pengalaman peribadi, pemerhatian, penglibatan langsung dan tontonan video terhadap persembahan yang lepas. Hasil kajian ini diharapkan dapat menarik minat generasi muda terhadap nyanyian tradisional Melayu dan menyumbang kepada usaha pemuliharaan budaya melalui pendekatan rekonstruksi. Cadangan penambahbaikan juga dapat dilihat dari perspektif integrasi teknologi seperti persembahan digital dan realiti maya. Selain itu, kolaborasi dengan komposer moden juga adalah disarankan. Pendekatan-pendekatan ini berpotensi mengukuhkan konsep Harmontradiloka menjadikannya lebih kontemporari sambil mengekalkan akar identiti budaya. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |