UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Mohd Zaid Ismail
Title :Pembangunan modul kosa kata Bahasa Arab berasaskan warna dan gambar dalam pengajaran Hafazan Al-Quran di Tadika Islam Malaysia
Hits :12
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul SMART-KQ bagi murid di Tadika Islam Malaysia. SMART-KQ merupakan modul kosa kata bahasa Arab yang berasaskan warna dan gambar. Kajian ini menggunakan reka bentuk dan pembangunan (DDR) yang terdiri daripada tiga fasa. Fasa pertama melibatkan analisis keperluan dengan 214 responden dari Tadika Islam di lima zon Malaysia menggunakan persampelan kluster. Dapatan soal selidik dianalisis menggunakan SPSS versi 21.0 untuk melihat peratusan, min, dan sisihan piawai. Protokol temubual turut digunakan melibatkan lima pakar, dan analisis dibuat menggunakan ATLAS.ti22. Fasa kedua melibatkan reka bentuk dan pembangunan modul menggunakan kaedah Fuzzy Delphi dengan 12 orang pakar untuk mengesahkan konstruk dan item. Reka bentuk modul mengadaptasi Model Gagne, Model TABA, dan Model Sidek, menghasilkan tujuh konstruk utama. Fasa ketiga menguji kebolehgunaan modul melalui kaedah teknik nominal (NGT) dengan 23 pakar terpilih. Dapatan fasa pertama menunjukkan guru tadika bersetuju (M=4.64; SP=0.412) bahawa Modul Pengajaran SMART-KQ diperlukan. Fasa kedua menunjukkan nilai threshold _d_ kurang 0.2 dan kesepakatan pakar melebihi 75%, mengesahkan tujuh konstruk: (a) isi kandungan modul, (b) kaedah pengajaran dan pembelajaran, (c) protokol penilaian kemajuan, (d) pemilihan warna, (e) pemilihan gambar, (f) teks surah, dan (g) pengukuhan murid. Fasa ketiga mendapati 23 pakar guru tadika menyetujui (>75%) bahawa semua konstruk dan item sesuai digunakan. Implikasi kajian menunjukkan pembangunan Modul SMART-KQ dapat membantu guru tadika memperbaiki metode pengajaran kosa kata bahasa Arab dan hafazan al-Quran, serta sesuai sebagai medium alternatif PdP kosa kata bahasa Arab menggantikan modul sedia ada.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.