UPSI Digital Repository (UDRep)

Wanita Sarawak dalam sejarah pembangunan pendidikan kaum wanita pada tahun 1930-1963

AVAILABLE Thesis 251 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Wanita Sarawak dalam sejarah pembangunan pendidikan kaum wanita pada tahun 1930-1963
Type
Thesis
Main Author
Anita Junaidi
Subject
DS Asia
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2024
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini adalah tentang penglibatan wanita dalam perkembangan pendidikan untuk kaum wanita di Sarawak pada tahun 1930-1963. Dalam kebanyakan penulisan sejarah pendidikan di Sarawak, tokoh wanita Barat seperti Hariette McDougall, Margaret Brooke, dan Mary Hoover sering diangkat sebagai pelopor pembangunan pendidikan masyarakat, manakala peranan wanita tempatan sering diketepikan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menyelidiki usaha wanita tempatan dalam memajukan pendidikan masyarakat, khususnya bagi kaum wanita di Sarawak. Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis sumber primer dan sekunder yang terdiri daripada fail, rekod, surat, laporan, akhbar, buku, jurnal dan tesis. Selain itu, temu bual juga dilakukan dengan beberapa orang responden terpilih. Hasil kajian mendapati wanita Sarawak khususnya golongan wanita yang berpendidikan turut memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan masyarakat khususnya wanita menerusi usaha mereka mengasaskan persatuan wanita, menubuhkan sekolah, membuat lawatan ke kawasan pedalaman serta sentiasa membangkitkan isu pendidikan. Tindakan wanita Sarawak ini memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan pendidikan kepada kaum wanita. Dapatan kajian juga menunjukkan, terdapat cabaran yang perlu dihadapi dalam memajukan pendidikan wanita di Sarawak dengan sikap dan penerimaan masyarakat terhadap pendidikan wanita, kekurangan infrastruktur pendidikan, masalah sistem perhubungan dan pengangkutan, masalah kewangan dan kemiskinan, kelemahan kurikulum, dasar pendidikan kerajaan serta masalah kekurangan guru terlatih. Cabaran ini sedikit sebanyak menghambat usaha mereka dalam memajukan pendidikan wanita. Kesimpulannya, pendidikan wanita Sarawak masih lagi mundur namun mula berkembang secara perlahan-lahan dan meninggalkan kesan positif kepada kehidupan kaum wanita di Sarawak iaitu berlaku peningkatan bilangan pelajar perempuan secara konsisten setiap tahun serta kesan terhadap peluang pekerjaan, fesyen dan penampilan serta kesan terhadap politik wanita. Implikasi kajian ini menekankan kepentingan mengenali sumbangan wanita tempatan dalam pendidikan, yang selama ini kurang diberi perhatian serta meningkatkan penghargaan terhadap peranan wanita tempatan berbanding hanya menyanjung sumbangan wanita Barat.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.