UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Nurdiana Elina Nurdin
Title : Pembangunan dan ujian kebolehgunaan Kit Geometri mengintegrasikan pembelajaran inkuri berasaskan projek bagi topik ruang tahun empat
Hits :23
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan membangun dan menilai tahap kebolehgunaan Kit Geometri (GeoKit) yang mengintegrasikan pembelajaran inkuiri berasaskan projek dalam topik Ruang untuk Matematik tahun empat. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian pembangunan dengan mengaplikasikan model ADDIE yang terdiri daripada lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Populasi kajian terdiri daripada 762 orang murid tahun empat daripada 11 buah sekolah rendah di daerah Batang Padang. Seramai 124 orang sampel kajian telah dipilih melalui pensampelan rawak berkelompok. Data dikumpulkan melalui tiga instrumen kajian iaitu soal selidik analisis keperluan, soal selidik kesahan muka dan kandungan GeoKit serta soal selidik kebolehgunaan GeoKit. Kesahan GeoKit dilakukan oleh empat orang pakar. Data kesahan pakar dianalisis menggunakan Content Validity Index manakala data analisis keperluan dan kebolehgunaan GeoKit dianalisis secara deskriptif menerusi frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan analisis keperluan menunjukkan murid dan guru bersetuju GeoKit perlu dibangunkan dengan ciri-ciri yang menarik, berwarna warni, boleh diaplikasikan dalam semua topik Ruang Tahun Empat serta menekankan kepada penglibatan aktif murid. Dapatan kajian juga menunjukkan GeoKit yang dibangunkan mempunyai kesahan yang memuaskan dengan nilai I-CVI dan SCVI/ Ave adalah 1.00 manakala dapatan kajian bagi kebolehgunaan GeoKit menunjukkan skor min dan sisihan piawai terhadap konstruk kebergunaan (M=3.43, SP=0.37), mudah dipelajari (M=3.46, SP=0.39), mudah digunakan (M=3.49, SP=0.50) dan kepuasan (M=3.60, SP=0.38) adalah tinggi. Kesimpulannya, GeoKit yang dibangunkan mempunyai kesahan yang memuaskan serta mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi. Implikasinya, GeoKit yang mengintegrasikan pembelajaran inkuiri berasaskan projek menjadi salah satu kit pembelajaran yang menyokong pembelajaran aktif murid serta memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada murid dalam menguasai pembelajaran topik Ruang.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.