Kesan Latihan meditasi Mindfulness terhadap kebimbangan, keyakinan diri, dan Mindfulness atlit olahraga Indonesia
Type
Thesis
Main Author
Afief, Mushawwir Shaleh
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2024
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini mengkaji kesan latihan meditasi Mindfulness terhadap tahap kebimbangan, keyakinan diri, dan mindfulness atlit olahraga Indonesia. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk eksperimental ujian pra dan pasca telah digunakan dalam kajian ini. Peserta kajian terdiri daripada 18 orang atlit olahraga daripada pasukan kebangsaan Indonesia Timur yang dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Instrumen kajian yang digunakan adalah Modul Mindfulness Meditation Training for Sport 2.0 (MMTS 2.0), soal selidik Competitive State Anxiety Scale Revised (CSAI-2R), dan Mindful Attention Awareness Scale (MAAS). Data dianalisis secara deskriptif menggunakan min, sisihan piawai, peratusan dan Ujian Two-way Mixed Anova. Dapatan kajian menunjukkan intervensi modul MMTS 2.0 dapat mengawal kebimbangan somatik F(1, 16) = 9.63, p < .05; kebimbangan kogntif F(1, 16) = 7.67, p < .05; meningkatkan keyakinan diri F(1, 16) = 23.86, p < .05; dan meningkatkan tahap Mindfulness F(1, 16) = 40.60, p < .05 atlit olahraga Indonesia. Kumpulan eksperimen menunjukkan tahap kebimbangan yang lebih rendah, tahap keyakinan diri serta kesedaran mindfulness yang tinggi berbanding kumpulan kawalan selepas intervensi dijalankan. Kesimpulannya kajian ini selaras dengan kajian terdahulu yang menunjukkan bahawa latihan kesedaran mindfulness dapat mengurangkan kebimbangan, meningkatkan keyakinan diri dan mempromosikan ketenangan. Pelaksanaan MMTS 2.0 ini dapat memberi impak positif kepada pembangunan sukan di Indonesia. Program ini boleh diperkenalkan di seluruh negara bagi meningkatkan persediaan psikologi atlit dalam menghadapi pertandingan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.