UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembinaan petunjuk kesejahteraan hidup di wilayah Metropolitan lanjutan lembah Klang Langat

AVAILABLE Thesis 216 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembinaan petunjuk kesejahteraan hidup di wilayah Metropolitan lanjutan lembah Klang Langat
Type
Thesis
Main Author
Irfan Azim mohd Zainuddin
Subject
HT Communities. Classes. Races
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2019
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan membina model petunjuk kesejahteraan hidup bagi kawasan pinggiran Wilayah Metropolitan Lanjutan (WML) Lembah Klang-Langat. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah eksperimen. Alat kajian yang digunakan adalah dengan borang soal selidik. Pemilihan saiz pensampelan adalah seramai 400 orang responden secara rawak. Responden yang dipilih merupakan ketua isi rumah yang menetap di kawasan WML Lembah Klang-Langat. Dapatan kajian mendapati terdapat lapan petunjuk yang telah melalui kaedah analisis faktor iaitu perumahan, pengangkutan dan komunikasi, penyertaan sosial, keselamatan, kependudukan, persekitaran fizikal dan kesihatan, sosioekonomi dan guna tanah. Nilai Alpha Cronbach bagi kesemua petunjuk melebihi 0.8. Hasil analisis menunjukkan model Structural Equation Model (SEM) telah mencapai ketepatan padanan yang baik dengan mengikut nilai goodness of fit selepas melalui proses Analisis Faktor Penerokaan (EFA) dan Analisis Faktor Pengesahan (CFA). Dapatan kajian menunjukkan bahawa model yang dibentuk telah mencapai nilai yang baik berdasarkan nilai yang ditetapkan (CMIN = 4558.620, DF = 1137, CMIN/DF = 4.009, p = 0.000, GFI = 0.828, CFI = 0.816, TLI = 0.801 dan RMSEA = 0.055). Secara kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan majoriti keseluruhan tahap petunjuk kajian berada pada tahap sederhana iaitu perumahan (M = 3.51. SP= 0.68), pengangkutan dan komunikasi (M = 3.83, SP = 0.79), penyertaan sosial (M = 3.59, SP = 0.59), keselamatan (M = 3.34, SP = 0.66), kepadatan penduduk (M = 3.76, SP 0.66), persekitaran fizikal dan kesihatan (M = 4.03, SP = 0.50), sosioekonomi (M = 4.05, SP = 0.59) dan guna tanah (M = 3.63, SP = 0.62). Dari segi implikasi, kajian dapat menghasilkan satu model untuk mengukur kesejahteraan hidup bagi penduduk kawasan pinggiran WML di Malaysia yang boleh digunapakai oleh pihak yang bertanggungjawab dalam merancang dan menguruskan pembangunan yang hendak dilakukan di sesebuah kawasan dalam konteks geografi bandar dan wilayah.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.