UPSI Digital Repository (UDRep)

Pengaruh strategi pemasaran digital terhadap prestasi perusahaan Aslipreneur di Malaysia

AVAILABLE Thesis 169 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Pengaruh strategi pemasaran digital terhadap prestasi perusahaan Aslipreneur di Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Nur Alia Izzati Mohamad Harizan
Subject
HD28 Management. Industrial Management
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis pengaruh strategi pemasaran digital terhadap prestasi kewangan dan bukan kewangan Aslipreneur di Malaysia. Kajian kuantitatif ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 147 orang responden Aslipreneur yang menjalankan perniagaan dalam talian telah dipilih melalui teknik pensampelan bola salji. Data dianalisis menggunakan analisis regresi pelbagai. Keputusan menunjukkan bahawa strategi pemasaran digital berdasarkan produk (_ = 0.115; t = 4.993; p < 0.05), harga (_ = 0.088; t = 3.622; p < 0.05) dan tempat (_ = 0.067; t = 2.121; p < 0.05) mempunyai kesan positif dan signifikan terhadap prestasi kewangan Aslipreneur. Sebaliknya, promosi (_ = 0.067; t = 1.954; p > 0.05) didapati tidak signifikan. Selain itu, strategi pemasaran digital iaitu produk (_ = -0.047; t = -0.570; p > 0.05), harga (_ = 0.090; t = 1.084; p > 0.05), tempat (_ = 0.100; t = 1.201; p > 0.05) dan promosi (_ = 0.114; t = 1.378; p > 0.05) tidak signifikan kepada prestasi bukan kewangan. Kesimpulannya, semua strategi pemasaran digital kecuali promosi mempengaruhi prestasi kewangan manakala prestasi bukan kewangan tidak dipengaruhi oleh empat faktor tersebut: produk, harga, tempat dan promosi. Implikasi kajian menekankan kepentingan strategi pemasaran digital yang berkesan dan peranan pihak berkaitan dalam membantu Aslipreneur meningkatkan prestasi perniagaan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.