|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis pengaruh strategi pemasaran digital terhadap prestasi kewangan dan bukan kewangan Aslipreneur di Malaysia. Kajian kuantitatif ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 147 orang responden Aslipreneur yang menjalankan perniagaan dalam talian telah dipilih melalui teknik pensampelan bola salji. Data dianalisis menggunakan analisis regresi pelbagai. Keputusan menunjukkan bahawa strategi pemasaran digital berdasarkan produk (_ = 0.115; t = 4.993; p < 0.05), harga (_ = 0.088; t = 3.622; p < 0.05) dan tempat (_ = 0.067; t = 2.121; p < 0.05) mempunyai kesan positif dan signifikan terhadap prestasi kewangan Aslipreneur. Sebaliknya, promosi (_ = 0.067; t = 1.954; p > 0.05) didapati tidak signifikan. Selain itu, strategi pemasaran digital iaitu produk (_ = -0.047; t = -0.570; p > 0.05), harga (_ = 0.090; t = 1.084; p > 0.05), tempat (_ = 0.100; t = 1.201; p > 0.05) dan promosi (_ = 0.114; t = 1.378; p > 0.05) tidak signifikan kepada prestasi bukan kewangan. Kesimpulannya, semua strategi pemasaran digital kecuali promosi mempengaruhi prestasi kewangan manakala prestasi bukan kewangan tidak dipengaruhi oleh empat faktor tersebut: produk, harga, tempat dan promosi. Implikasi kajian menekankan kepentingan strategi pemasaran digital yang berkesan dan peranan pihak berkaitan dalam membantu Aslipreneur meningkatkan prestasi perniagaan. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |