UPSI Digital Repository (UDRep)

Indeks literasi kelestarian alam sekitar dalam kalangan belia di Malaysia

AVAILABLE Thesis 201 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Indeks literasi kelestarian alam sekitar dalam kalangan belia di Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Saiyidatina Balkis norkhaidi
Subject
G Geography (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan bagi membina indeks literasi kelestarian alam sekitar belia di Malaysia. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian adalah melibatkan persampelan berstrata yang melibatkan 1000 orang belia Malaysia berumur 19 hingga 40 tahun yang dipecahkan mengikut zon, jantina, lokaliti dan kategori belia. Terdapat empat fasa pembinaan indeks yang meliputi pengenalpastian domain, indikator dan sub indikator, analisis pemberat, pembinaan indeks dan penggredan agregat. Instrumen yang digunakan adalah dalam bentuk soal selidik meliputi lima domain kajian iaitu pengetahuan, sikap, nilai, kemahiran dan amalan. Hasil kajian menunjukkan indeks literasi kelestarian alam sekitar dalam kalangan belia di Malaysia bagi zon Utara (73.1), Pantai Timur (72.0) dan Malaysia Timur (73.6) adalah pada gred sederhana manakala Zon Tengah (75.4) dan Selatan (75.4) adalah pada gred tinggi. Indeks mengikut jantina pula menunjukkan lelaki berada pada gred tinggi (74.9) manakala perempuan pada gred sederhana (72.9). Lokaliti belia pula menunjukkan belia di lokaliti bandar (74.4) dan luar bandar (73.4) kedua-duanya berada pada gred sederhana. Seterusnya, bagi kategori belia pula menunjukkan kategori belia pertengahan (73.0), belia dewasa (73.8) dan belia akhir (74.5) turut berada pada gred sederhana. Secara keseluruhannya didapati bahawa indeks literasi kelestarian alam sekitar belia di Malaysia adalah berada pada gred sederhana dengan nilai indeks 73.9. Kesimpulan daripada kajian ini membuktikan bahawa literasi kelestarian alam sekitar belia di Malaysia adalah pada tahap sederhana, dengan nilai indeks keseluruhan 73.9, yang dipengaruhi oleh faktorfaktor seperti zon geografi, jantina, lokaliti, dan kategori belia. Implikasi kajian memperlihatkan bahawa perlunya meningkatkan literasi kelestarian alam sekitar dalam kalangan belia Malaysia, terutamanya di zon-zon yang menunjukkan prestasi indeks yang lebih rendah, dengan menyesuaikan program-program pendidikan dan kesedaran yang sesuai dengan keperluan yang dikenal pasti dalam kajian ini

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.