Pembangunan kerangka relevansi simbolisme kostum karakter berdasarkan filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal dalam pengolahan kreatif cerita rakyat
Type
Thesis
Main Author
Muhammad Nadzmi Abdullah Sani
Subject
PN1990 Broadcasting
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2024
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Cerita rakyat tempatan merupakan sebahagian daripada budaya tradisi masyarakat Melayu yang diwarisi secara turun-temurun. Pemilihan karakter yang diadaptasi daripada cerita rakyat bukan sahaja menampilkan keunikan, tetapi turut memperlihatkan variasi rekaan kostum. Kostum ini berfungsi sebagai simbolik dalam menyampaikan makna dari sudut tradisi, status sosial dan kepercayaan. Kajian ini adalah bertujuan untuk membahaskan justifikasi pemilihan karakter-karakter yang diangkat daripada cerita rakyat untuk divisualkan sebagai karakter penting dalam filem Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal serta proses pengolahan kreatif bagi setiap kostum karakter cerita rakyat. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan pendekatan temu bual bersama krew produksi Les Copaque untuk membangunkan Kerangka Relevansi Simbolisme Kostum Karakter (KRSKK) serta memahami secara perlambangan dan makna yang diterjemahkan melalui rekaan kostum dalam animasi ini. Selain itu, pengkaji turut menggunakan analisis kandungan berdasarkan buku konsep seni serta kajian literatur bagi menghuraikan relevansi simbolisme yang divisualkan pada kostum karakter animasi. Pengkaji juga mengadaptasikan teori Triadik semiotik yang berkonsepkan tanda yang merangkumi tiga kategori utama: representasi, objek (object), dan interpretasi (interpretant) dalam pembangunan kerangka ini. Pengkaji memfokuskan kepada relevansi pemilihan rekaan karakter yang dilihat bukan sekadar karakter tambahan, tetapi mempunyai sebab yang kukuh serta korelasi terhadap rekaan kostum yang dipengaruhi oleh faktor budaya. Hasil kajian ini diharap membantu industri animasi untuk menekankan bahagian pra-produksi yang menjadi permulaan kepada cetusan idea serta mengangkat kostum tradisional berkonsepkan elemen budaya tempatan ke dalam setiap penghasilan proses rekaan animasi. Secara tidak langsung kajian ini dapat dijadikan rujukan dalam menghasilkan rekaan yang lebih signifikan dan kukuh sumber rekaan yang diperlihatkan dalam aspek kreativiti olahan rekaan kostum dan karakter. Justeru itu, usaha ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti animasi Malaysia pada masa hadapan dengan menekankan elemen budaya tempatan sebagai identiti yang unik.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.