Pembangunan model proses pembinaan buku teks Bahasa Melayu sekolah rendah di Singapura
Type
Thesis
Main Author
Salha Mohamed Hussain
Subject
P Language and Literature
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini berfokus pada pembangunan model proses pembinaan buku teks Bahasa Melayu untuk peringkat sekolah rendah di Singapura, dengan penekanan kepada keberkesanan buku teks terhadap pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian ini, pengkaji juga memberikan tumpuan kepada keupayaan model yang dibangunkan untuk memastikan mutu buku teks Bahasa Melayu yang dihasilkan sesuai dengan standard kualiti yang ditetapkan. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) yang terdiri daripada tiga fasa: iaitu, analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan, dan penilaian terhadap kebolehgunaan model. Metodologi kajian ini melibatkan analisis dokumen, senarai semak, soal selidik dan temu bual dengan guru, pelajar dan beberapa pakar yang terlibat dalam pembinaan buku teks Bahasa Melayu di Singapura. Dapatan kajian ini terdiri daripada elemen-elemen penting proses pembinaan buku teks Bahasa Melayu iaitu, pengenalpastian keperluan pengguna, pengkonsepan, penulisan, konsultasi, pengujian, penerbitan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan guru-guru dan pakar bersetuju bahawa elemen dalam proses pembinaan buku teks Bahasa Melayu tersebut meningkatkan mutu buku teks yang dibina dan berkesan dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Guru-guru memberikan maklum balas positif terhadap kandungan, bahasa, dan strategi pengajaran yang terdapat di dalam buku teks. Respons positif juga diterima daripada responden yang menilai buku teks dari Singapura, dan menunjukkan kesesuaian dan keberkesanan buku teks dalam proses pembelajaran. Kesimpulannnya, model proses pembinaan buku teks Bahasa Melayu mampu meningkat mutu buku teks. Implikasinya, model penting proses pembinaan buku teks Bahasa Melayu dapat menjadi panduan sistematik bagi guru dan pembina bahan dalam merancang buku teks yang efektif untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.