|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini berfokus pada pembangunan model proses pembinaan buku teks Bahasa Melayu untuk peringkat sekolah rendah di Singapura, dengan penekanan kepada keberkesanan buku teks terhadap pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian ini, pengkaji juga memberikan tumpuan kepada keupayaan model yang dibangunkan untuk memastikan mutu buku teks Bahasa Melayu yang dihasilkan sesuai dengan standard kualiti yang ditetapkan. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) yang terdiri daripada tiga fasa: iaitu, analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan, dan penilaian terhadap kebolehgunaan model. Metodologi kajian ini melibatkan analisis dokumen, senarai semak, soal selidik dan temu bual dengan guru, pelajar dan beberapa pakar yang terlibat dalam pembinaan buku teks Bahasa Melayu di Singapura. Dapatan kajian ini terdiri daripada elemen-elemen penting proses pembinaan buku teks Bahasa Melayu iaitu, pengenalpastian keperluan pengguna, pengkonsepan, penulisan, konsultasi, pengujian, penerbitan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan guru-guru dan pakar bersetuju bahawa elemen dalam proses pembinaan buku teks Bahasa Melayu tersebut meningkatkan mutu buku teks yang dibina dan berkesan dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Guru-guru memberikan maklum balas positif terhadap kandungan, bahasa, dan strategi pengajaran yang terdapat di dalam buku teks. Respons positif juga diterima daripada responden yang menilai buku teks dari Singapura, dan menunjukkan kesesuaian dan keberkesanan buku teks dalam proses pembelajaran. Kesimpulannnya, model proses pembinaan buku teks Bahasa Melayu mampu meningkat mutu buku teks. Implikasinya, model penting proses pembinaan buku teks Bahasa Melayu dapat menjadi panduan sistematik bagi guru dan pembina bahan dalam merancang buku teks yang efektif untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |