|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Penggunaan kaedah analisis praxeology amat penting dalam memahami penyampaian kandungan terdapat dalam buku teks. Walau bagaimanapun, masih kurang kajian mengenai analisis kandungan topik Graf Fungsi Tingkatan Dua menggunakan kaedah praxeology. Kajian ini bertujuan menganalisis kandungan yang terdapat dalam buku teks Matematik Tingkatan Dua bagi topik Graf Fungsi menggunakan kaedah praxeology dan reka bentuk fenomenologi untuk meneroka halangan pembelajaran yang dihadapi oleh murid dalam mempelajari topik Graf Fungsi. Reka bentuk penyelidikan kualitatif digunakan dengan memilih teknik pensampelan bertujuan dalam melaksanakan temu bual separa berstruktur terhadap enam daripada 22 orang murid Tingkatan Dua yang telah menjalani ujian bertulis. Seterusnya, pengumpulan data analisis kandungan buku teks dilakukan dengan mengkategorikan set blok praxis (praktikal) yang terdiri daripada jenis tugasan (T) dan teknik (_) serta set blok logos (pengetahuan) yang terdiri daripada teknologi (_) dan teori (_). Dapatan kajian menunjukkan terdapat 18 jenis tugasan (T), 13 teknik (_), 10 teknologi (_) dan 8 teori (_) yang terdapat dalam topik tersebut. Enam jenis tugasan (T) tidak melengkapi kategori dalam kaedah praxeology iaitu satu jenis tugasan (T) tidak mempunyai teknik (_), satu jenis tugasan (T) tidak mempunyai teori (_) dan empat jenis tugasan (T) tidak mempunyai ketiga-tiga ciri-ciri praxeologi iaitu teknik (_), teknologi (_) dan teori (_). Seterusnya, kajian juga mendapati responden menghadapi halangan pembelajaran yang terdiri daripada halangan pembelajaran ontogenik psikologi, instrumental dan konseptual; pemahaman konsep, kesukaran mengaplikasikan konsep dan prosedur; sumber pengetahuan terhad, pengetahuan tambahan dan soalan yang berbeza dari contoh ditunjukkan oleh guru serta satu tema baru yang melibatkan bahasa pengantar. Kesimpulannya, kajian ini mendapati jenis tugasan (T) yang tidak melengkapi kategori praxeology membawa responden kepada halangan-halangan pembelajaran. Implikasinya, diharapkan penyelidikan ini dapat memberi panduan kepada institusi berkepentingan dalam merangka penambahbaikan kandungan yang terdapat dalam topik Graf Fungsi Tingkatan Dua bagi mengurangkan halangan pembelajaran dan seterusnya dapat meningkatkan kefahaman murid dalam topik Graf Fungsi. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |