UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Hanisah Mohamad Hadzir
Title :Gaya pembelajaran murid dan hubungannya dengan pengusaan hafazan dan akademik di sekolah-sekolah tahfiz
Hits :30
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Murid yang terpilih mengikuti tahfiz aliran perdana di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan murid-murid yang dianggap mampu dan layak untuk mengikuti kedua-dua aliran iaitu akademik dan hafazan dengan baik dan seimbang. Justeru, pelbagai gaya dan strategi yang digunakan oleh murid-murid ini bagi menguasai pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya pembelajaran murid-murid sekolah tahfiz aliran perdana di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, dan menganalisis hubungan gaya pembelajaran murid tersebut dengan penguasaan akademik dan hafazan murid berdasarkan model visual, aditori, reading & writing dan kinestetik (VARK) dan Ibn Khaldun. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Seramai 495 responden dipilih dengan kaedah persampelan rawak mudah. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan gaya pembelajaran responden berada pada tahap sederhana tinggi iaitu min 3.70. Penguasaan murid dalam akademik dan hafazan juga berada pada tahap sederhana tinggi dengan min 3.48. Gaya pembelajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan penguasaan akademik dan hafazan murid dengan nilai kolerasi Pearson ((r=0.433, p=0.000, p
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.