UPSI Digital Repository (UDRep)

Perspektif feminisme dalam karya-karya tari terpilih ciptaan ni Putu Ari Handayani

AVAILABLE Thesis 227 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Perspektif feminisme dalam karya-karya tari terpilih ciptaan ni Putu Ari Handayani
Type
Thesis
Main Author
Susilawati Hasanah
Subject
M Music
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2023
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Penyelidikan ini bertajuk Perspektif Feminisme dalam Karya Tari Terpilih Ciptaan Ni Putu Ari Handayani yang dikaji menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Kaedah analisis kualitatif sebagi proses inkuiri untuk memahami masalah sosial berdasarkan isu-isu perempuan. Manakala kajian kes deskripsi dan penerangan yang melibatkan koreografi yang merefrsentasikan kekuatan perempuan. Kajian ini juga menggunakan teori feminis eksistensialisme oleh Simone De Beauvoir (2019) dan teori simbol Susanne K. Langer (2006). Kajian ini membincangkan masalah gender wanita Sasak dalam penciptaan karya tari Ni Putu Ari Handayani. Sebagai koreografer wanita di Lombok, Nusa Tenggara Barat, Ni Putu melihat fenomena sosial dalam masyarakat khususnya yang berkaitan dengan wanita. Ni Putu membangkitkan topik wanita dalam karya tari beliau khususnya berkaitan peranan dan fungsi kewanitaan dalam tradisi Sasak. Fenomena wanita dalam budaya Sasak sentiasa melekat pada aspek inferiority yang dalam hal ini tidak disamakan dengan lelaki sebagai superior. Karya beliau bukan sahaja memaparkan bentuk ketidakadilan gender yang berlaku dalam masyarakat Sasak, tetapi juga mendedahkan bentuk kewujudan wanita Sasak. Antara karya Ni Putu yang dikaji ialah Tari Bisoq Meniq (2017), Tari Awan Jiwa (2017), Tari Perempuan Ibu Bumi (2019). Hasil kajian ini menunjukkan wujudnya bentuk feminisme wanita Sasak dalam karya tari Ni Putu Ari Handayani yang dilihat berdasarkan teori eksistensialisme iaitu kewujudan wanita Sasak melalui simbol-simbol gerak dalam karya tari. Simbol tersebut melambangkan sebuah makna cabaran dan kekuatan perempuan Sasak terhadap ketidakadilan gender.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.