UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :QD Chemistry
LB Theory and practice of education
Main Author :Soraya Ishak
Title : Pembinaan Instrumen Pentadsiran Domin Kimia bagi menguji kemahiran berfikir aras tinggi murid tingkatan 2
Hits :7
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan mengesahkan Instrumen Pentaksiran Domain Kimia (IPDK) selain menilai kebolehpercayaan, kesahan dan tahap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid berdasarkan jantina dan lokasi (bandar dan luar bandar). Melalui pendekatan kuantitatif, kaedah persampelan rawak berstrata digunakan bagi memilih 514 responden Tingkatan 2 dari Sekolah Menengah Kebangsaan di Selangor, yang terdiri daripada 252 murid sekolah luar bandar dan 262 murid sekolah bandar, dengan taburan jantina sebanyak 226 lelaki dan 288 perempuan daripada jumlah populasi 70,921. Instrumen IPDK menunjukkan kesahan muka dan kesahan kandungan yang tinggi (CVI = 1) serta ketekalan dalaman yang tinggi (Cronbach Alpha = 0.82. Keputusan kajian utama yang diukur menunjukkan nilai min purata markah yang dicapai oleh murid sampel di Selangor adalah 607.68 (Aras Tinggi), mencerminkan tahap penguasaan KBAT yang tinggi. Analisis Model Pengukuran Rasch menunjukkan bahawa murid lelaki mencapai skor min purata sebanyak 647.34 (Aras Tinggi), manakala murid perempuan ialah 639.74 (Aras Tinggi). Murid sekolah bandar mencapai skor min purata sebanyak 629.23 (Aras Tinggi), berbanding dengan 573.92 (Aras Tinggi) bagi murid sekolah luar bandar. Pemeriksaan terperinci statistik bagi 50 item yang diukur melalui sisihan piawai yang tinggi, julat tahap kesukaran yang luas, indeks pemisahan yang tinggi dan Ralat Piawai Min Item Purata yang rendah, mengesahkan kebolehpercayaan, kesahan, dan keberkesanan Model Pengukuran Rasch dalam menguji spektrum yang meluas bagi kesukaran item dan pengukuran yang konsisten terhadap sifat terpendam instrumen. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan instrumen IPDK secara berkesan dapat membantu pendidik dalam menilai kecekapan murid Tingkatan 2 dalam Kimia, sejajar dengan matlamat pendidikan serta sesuai digunakan sebagai alat pengukur KBAT murid.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.