|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Norma baharu selepas pandemik COVID-19, sistem pendidikan mengalami tranformasi melalui platform digital berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) secara dalam talian. Perkembangan dinamik ini dilihat mempunyai nilai yang signifikan untuk dijadikan medium alternatif serta keperluan dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual (PSV) Bidang Menggambar Tahun 4 yang mementingkan elemen teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti elemen dan menganalisis strategi pengajaran guru PSV bidang Menggambar secara dalam talian. Peserta kajian dipilih secara persampelan bertujuan yang melibatkan guru pakar PSV, ikon guru digital dan informan berstatus pempengaruh yang mengajar PSV secara dalam talian. Kajian ini berasaskan reka bentuk kajian kes yang menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif. Pengumpulan data adalah melalui pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Data yang direkodkan dianalisisis menggunakan pakej perisian NVivo 10 bagi memudahkan dan mempercepatkan proses mengurus, menganalisis dan mentafsir data. Hasil kajian ini mendapati bahawa strategi pengajaran secara dalam talian banyak memberi nilai tambah dalam aspek perancangan dan persediaan, pelaksanaan aktiviti, pentaksiran serta peningkatan kepada pengetahuan teknologi pedagogi kandungan dalam profesionalisme guru. Kajian ini turut mencadangkan sebuah Draf Kerangka Model Pengajaran PSV Bidang Menggambar Secara dalam Talian sebagai panduan penambahbaikan amalan pengajaran guru dengan lebih efisien. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |