Pengaruh gaya kepimpinan transfomasi ketua jabatan dan komitmen organisasi terhadap kepuasan kerja pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi Swasta
Type
Thesis
Main Author
Mohamad Fadli Shaffai@Shafiei
Subject
LB2300 Higher Education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh gaya kepimpinan transformasi ketua jabatan dan komitmen organisasi terhadap kepuasan kerja pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), menentukan perbezaan pemboleh ubah berdasarkan faktor demografi serta mengenalpasti dimensi utama kepimpinan transformasi dan komitmen organisasi yang mempengaruhi kepuasan kerja pensyarah. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik yang dijawab oleh 379 orang pensyarah yang dipilih secara rawak mudah. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif seperti min dan sisihan piawai serta statistik inferensi seperti ujian t, ANOVA dan regresi berganda (stepwise). Dapatan kajian menunjukkan kepimpinan transformasi ketua jabatan berada pada tahap tinggi dengan nilai min 3.74 (SP = 0.70), komitmen organisasi pada tahap sederhana dengan nilai min 3.25 (SP = 0.45) dan kepuasan kerja pensyarah pada tahap tinggi dengan nilai min 3.64 (SP = 0.59). Tahap kepuasan kerja pensyarah berbeza secara signifikan berdasarkan faktor pengalaman kerja dan bangsa manakala tahap kepimpinan transformasi dan komitmen organisasi berbeza berdasarkan faktor lokasi. Kepuasan kerja pensyarah melalui faktor motivasi dipengaruhi secara signifikan oleh kepimpinan transformasi dan komitmen organisasi dengan nilai R_ = 65.5%, p = 0.00. Kepuasan kerja pensyarah melalui faktor hygien pula dipengaruhi secara signifikan oleh kepimpinan transformasi dan komitmen organisasi dengan nilai R_ = 56.2%, p = 0.00. Sumbangan tertinggi kepimpinan transformasi terhadap faktor motivasi dan hygien adalah dari dimensi pertimbangan individu (B = .418, p = 0.00; B = .247, p = 0.00), manakala komitmen organisasi masing-masing melalui dimensi berterusan (B = .155, p = 0.00) dan normatif (B = .157, p = 0.00). Kesimpulannya, kepimpinan transformasi yang efektif dan komitmen organisasi yang baik dapat membantu meningkatkan kepuasan kerja pensyarah secara signifikan. Dapatan kajian ini sesuai dirujuk oleh institusi pengajian tinggi dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam usaha untuk memupuk amalan kepimpinan transformasi dan komitmen organisasi bagi memastikan kemenjadian modal insan di negara ini.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.