UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Muhammad Hafizul Helmi Kamaruddin
Title : Pembangunan dan kebolehgunaan modul pembelajaran lukisan inventor 3D menggunakan kaedah Flippes Classroom
Hits :8
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Teknikal dan Vokasional
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah Modul Pembelajaran Lukisan Inventor 3D menggunakan Kaedah Flipped Classroom bagi Program Teknologi Pemesinan Industri di Kolej Vokasional (KV). Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk Pembangunan. Model ADDIE merupakan model penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini melibatkan lima fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Pembangunan modul ini juga adalah berpandukan pada pelaksanaan kaedah pembelajaran Flipped Classroom dan berdasarkan teori konstruktivisme. Kajian ini akan melibatkan tiga (3) orang pakar bagi tujuan pelaksanaan kajian keperluan. Data dianalisis menggunakan Tematik Analisis bagi mengenalpasti Elemen-elemen yang diperlukan dalam pembangunan modul dan keperluan pembangunan modul. Manakala bagi proses kesahan kandungan modul, instrumen soal selidik digunakan terhadap tujuh (7) orang pakar bagi mengetahui tahap kesahan kandungan modul. Data dianalisis bagi mendapatkan nilai peratusan dengan menggunakan tahap penguasaan kesahan kandungan oleh Sidek dan Jamaluddin (2005). Penilaian kesahan kandungan yang dijalankan mendapati nilainya adalah 84.9%. Dapatan ini menunjukkan kesahan kandungan adalah sangat baik kerana melebihi 70%. Fasa penilaian melibatkan penilaian tahap kebolehgunaan modul yang menggunakan instrumen soal selidik USE yang melibatkan 19 orang pelajar Teknologi Pemesinan Industri Kolej Vokasional Slim River Perak. Elemen soal selidik yang diadaptasi daripada USE Lund (2001). Data dianalisis secara statistik deskriptif bagi mendapatkan nilai kekerapan dan min. Dapatan mendapati nilai purata min bagi setiap elemen kebolehgunaan adalah 4.25. Ianya menunjukkan tahap kebolehgunaan yang tinggi mengikut interprestasi skor min. modul ini dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Teknologi Pemesinan Industri dan modul ini juga dapat membantu pelajar menguasai perisian Inventor 3D.Secara keseluruhanya, pembinaan modul ini telah mencapai objektif kajian dengan tahap kesahan kandungan dan kebolehgunaan yang baik dan tinggi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.