UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :QA Mathematics
Main Author :Abd Razak Nazir
Title :Keberkesanan pengajaran penyelesaian masalah matematik berayat menggunakan kaedah visualisasi berasaskan model poyla bagi murid tahun 5
Hits :6
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan pengajaran dalam matematik berayat menggunakan kaedah perwakilan visualisasi berasaskan Model Polya. Sampel kajian adalah seramai 42 orang murid Tahun 5 yang terdiri daripada kumpulan eksperimen yang menjalani pengajaran visualisasi, manakala kumpulan kawalan menjalani strategi pengajaran konvensional bagi topik Nombor dan Operasi.Kaedah kajian ini adalah berbentuk kuasi-eksperimental dan teknik persampelan yang digunakan adalah rawak berkelompok.Persampelan kajian dilakukan dengan memilih murid daripada sebuah sekolah di daerah Temerloh, Pahang. Ujian Pencapaian sebelum dan selepas bagi topik Nombor dan Operasi terhadap penyelesaian masalah merupakan instrumen kajian ini.Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi.Hasil dapatan kajian menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam tahap pecapaian murid lelaki dan perempuan.Hasil dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan keberkesanan kaedah perwakilan visualisasi berasaskan model Polya dalam meningkatkan pencapaian murid di antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan bagi ujian pasca.Oleh itu, keputusan ujian-t secara konsisten menunjukkan impak positif strategi pengajaran matematik terhadap pencapaian murid, membuktikan keberkesanan strategi yang diperkenalkan dalam kajian ini.Kesimpulannya pengajaran menggunakan kaedah visualisasi dapat meningkatkan pencapaian murid terhadap penyelesaian masalah bagi topik Nombor dan Operasi.Implikasinya strategi pengajaran visualisasi merupakan satu strategi alternatif dalam pengajaran penyelesaian masalah Nombor dan Operasi serta boleh diaplikasikan secara umumnya dalam pengajaran dan pembelajaran matemati
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.