UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :S Agriculture
Main Author :Suhaimi Sobrie Rosli
Title : Kesan aplikasi Agronutri-X terhadap pencapaian pelajar sijil vokasional Malaysia Agroindustri tanaman kolej vokasional Dalam kompentensi penyedian formula baja fertigasi
Hits :9
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Teknikal dan Vokasional
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan mendapatkan kesan penggunaan aplikasi AGRONUTRI-X terhadap pencapaian akademik dan tahap penerimaan teknologi. Aplikasi AGRONUTRI-X dibangunkan berdasarkan kepada model ADDIE. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen melibatkan 63 subjek kajian kumpulan kawalan (n=31) dan kumpulan rawatan (n=32). Instrumen ujian pencapaian akademik dan soal selidik penerimaan dan penggunaan aplikasi Mpembelajaran digunakan dalam kajian ini. Kesahan bagi kedua-dua instrumen kajian adalah menggunakan I-CVI. Kebolehpercayaan instrumen pencapaian akademik diukur menggunakan IRR dan statistik Cohen_s Kappa. Kebolehpercayaan instrumen soal selidik penerimaan dan penggunaan teknologi aplikasi M-pembelajaran diukur menggunakan pekali Cronbach_s Alpha _ = .926. Kesahan bagi aplikasi AGRONUTRI-X menunjukkan peratus kesahan kandungan yang baik iaitu 89.2%. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk menganalisis data kajian. Min skor ujian pasca pencapaian akademik bagi kumpulan rawatan (M=84.41;SD=2.87) lebih tinggi daripada min skor ujian pasca kumpulan kawalan (M=61.74;SD=5.78). Ujian-t sampel bebas menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara pencapaian ujian pasca kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan [t(61)= -19.599; p < .005] dengan kesan saiz Cohen (Cohen_s d) yang besar. Min skor ujian pasca pencapaian akademik kumpulan rawatan (M=84.41; SD=2.87) lebih tinggi berbanding min pencapaian akademik ujian pra kumpulan rawatan (M=48.47; SD=6.31). Ujian-t sampel berpasangan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara perbezaan skor ujian pra dan pasca kumpulan rawatan [t(31)= -29.77, p < .005] dengan kesan saiz Cohen (Cohen_s d) yang besar. Penerimaan dan penggunaan teknologi aplikasi M-pembelajaran (M=4.03; SD=0.345) juga menunjukkan tahap yang tinggi. Kesimpulannya, penggunaan aplikasi AGRONUTRI-X telah berjaya meningkatkan pencapaian akademik dan boleh diintegrasikan ke dalam pembelajaran di kolej vokasional.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.