Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan guru Pendidikan Islam dalam amalan pengajaran Jawi sekolah kebangsaan di Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Zaleha Muhammad
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) guru Pendidikan Islam (GPI) dalam pengajaran Jawi di sekolah kebangsaan seluruh Malaysia, di samping mengkaji hubungan antara PTPK dan amalan pengajaran GPI. Berdasarkan tinjauan terhadap 378 GPI yang dipilih melalui pensampelan rawak berlapis dan kelompok, dapatan menunjukkan bahawa GPI memiliki pandangan positif terhadap tahap keseluruhan PTPK, tetapi menunjukkan tahap sederhana dalam amalan pengajaran. Kajian ini juga mendedahkan perbezaan signifikan dalam PTPK berdasarkan faktor jantina dan infrastruktur, sementara faktor lokasi dan pengalaman mengajar tidak menunjukkan kesan ketara. Analisis korelasi mendapati hubungan positif dan signifikan antara setiap komponen PTPK terhadap amalan pengajaran guruguru Pendidikan Islam (GPI). Sementara itu, analisis regresi berganda mengenal pasti bahawa infrastruktur memainkan peranan sebagai pengantara dalam meningkatkan hubungan antara PTPK dan amalan pengajaran. Kajian ini mencadangkan Model Peningkatan Bidang Jawi Berasaskan Pembelajaran Teradun (Blended Learning) sebagai langkah untuk memperkukuh keberkesanan pengajaran Jawi di sekolah kebangsaan, yang berpotensi meningkatkan kemahiran membaca dan menulis Jawi dalam kalangan generasi muda. Implikasi kajian ini menekankan keperluan integrasi teknologi yang lebih baik, peningkatan infrastruktur, dan penyediaan pendekatan pengajaran yang inovatif untuk menyokong pelaksanaan pembelajaran abad ke-21, khususnya dalam pengajaran Jawi dan seterusnya meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dan menulis Jawi dalam kalangan generasi muda di Malaysia.__
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.