UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Wan Fadhilah Wan Hitam
Title : Kerangka piawaian reka bentuk pengajaran dan pembelajaran beraskan Google Site bagi kursus landskap pembinan di Politeknik Malaysia
Hits :8
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti komponen dan elemen bagi membangunkan reka bentuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) berasaskan Google Site bagi kursus landskap pembinaan di Politeknik Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan kerangka TPACK dan di sokong oleh Teori Kognitif, Behaviorisme dan Konstruktivisme serta kajian-kajian lepas sebagai asas kepada pembentukan kerangka konseptual kajian. Data kajian ini di kumpul menggunakan kaedah borang soal selidik. Seramai 15 orang pakar sebagai responden kajian terdiri yang daripada pensyarah kolej komuniti, pensyarah politeknik, pakar industri dalam bidang landskap, pakar dalam iCT dan pakar bahasa yang telah menjawab soal selidik kajian. Kaedah Fuzzy Delphi dengan skala Likert 7 mata telah digunakan untuk menganalisa data kajian. Analisis Triangular Fuzzy Number menggunakan templat Analisis FDMv2.0 digunakan sebagai perisian. Hasil analisis data kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga komponen tersebut menunjukkan persetujuan dan kesepakatan pakar adalah melebihi 75%, nilai threshold (d) _ 0.2 dan nilai skor fuzzy (A) melebihi 0.5. Komponen teknologi pengajaran adalah kedudukan paling tinggi iaitu 91.7% dengan nilai skor Fuzzy 0.906, manakala komponen pengetahuan kandungan dan juga pedagogi pengetahuan adalah pada kedudukan yang sama iaitu 83.3% dengan nilai skor fuzzy 0.819. Ketiga-tiga komponen tersebut telah dinilai dan diterima oleh pakar. Secara teorinya, kajian ini mempunyai potensi besar untuk meningkatkan kualiti PdP. Manakala dari segi praktikalnya, kajian ini memerlukan komitmen daripada semua pihak terutamanya berkaitan dengan infrastruktur, latihan, dan sokongan teknikal. Dengan perancangan yang rapi dan sokongan berterusan, penggunaan Google Site dapat memperkasa pengajaran dan pembelajaran di Politeknik Malaysia, menjadikannya lebih fleksibel, berkesan, dan relevan dengan perkembangan teknologi pendidikan masa kini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.