|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Seni anyaman adalah suatu bentuk kraf yang tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat Melayu di Malaysia dan rumpun Nusantara. Memandangkan seni seni anyaman merupakan tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu maka sewajarnya seni anyaman ini dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. Pengetahuan dan kemahiran menyaman pelbagai objek perlu disebarkan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti anyaman dari segi bahan, alat dan proses.dan seterusnya menterjemahkan teknik-teknik anyaman ke dalam bentuk perisian multimedia interaktif yang mampu menyebarkan maklumat berkaitan dengan Seni Anyaman Melayu berasaskan buluh, mengkuang dan rotan. Fokus kajian ialah anyaman nyiru, tikar dan kerusi. Pembangunan perisian multimedia interaktif ini menggunakan perisian Adobe Flash CS 3 dan berpandukan Model ADDIE (Analysis, Design, Development, Implementation, Evaluation). Pengujian ke atas perisian ini dbuat menggunakan instrumen kajian yang terdiri daripada soal selidik, temubual dan pemerhatian. Responden terdiri daripada pensyarah, pegawai muzium, pegawai Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan guru. Hasil penilaian menunjukkan gabungan teknologi multimedia dengan applikasi teori pembelajaran dalam reka bentuk Pembangunan Perisian Multimedia Interaktif: Seni Anyaman Melayu mampu menampilkan sesuatu konsep yang sukar ke dalam bentuk maujud dan dapat membantu pengguna dalam memahami konsep dan teknik dalam seni anyaman Melayu. Perisian ini boleh dijadikan sebagai alternatif dalam kaedah penyampaian bahan pengajaran dan pembelajaran dan boleh dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat yang berminat untuk mempelajari teknik dan proses anyaman Melayu.
Kata Kunci anyaman, model ADDIE, pembangunan, perisian, multimedia interaktif |
| References |
Baharuddin Aris, Manimegalai Subramaniam & Rio Sumarni Shariffudin (2001). Reka bentuk Perisian Multimedia. Muapakat Jaya Percetakan Sdn. Bhd.
Belinda Soo-Phing Teoh dan Tse Kian Neo (2007). Interactive Multimedia Learning: Students’ Attitudes and Learning Impact in an Animation Course [Electronic version]. The Turkish Online Journal of Educational Technology. Diperoleh Ogos 11, 2009 daripada http://www.tojet.net/articles/643.doc
Hannafin, M. J., & Peck, K. L. (1988). The Design, Development, and Evaluation of Instructional Software. New York: MacMillan Publishing Company.
Harris, C. M., (2002). Is multimedia-based instruction Hawthorne revisited? Is difference the difference? Education, I22(4), hlm 839-843.
Ibrahim Darus & Parbiyah Bachik. (1995). Susun Atur Bengkel dan Aliran Proses Pembuatan Kraf Buluh (Nyiru Hiasan). Selangor: Perbadanan Kraf tangan Malaysia
Jamaludin Harun, Baharuddin Aris & Zaidatun Tasir, (2001). Pembangunan Perisian Multimedia, Satu Pendekatan Sistematik. Kuala Lumpur: Venton Publishing.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (1994). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kraftangan Malaysia (1989). Anyaman Pandan dan Mengkuang. Selangor Darul Ehsan: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Kraftangan Malaysia (1995). Seni Anyaman Rombong. Selangor Darul Ehsan: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Kraftangan Malaysia (1997). Anyaman Pandan/Mengkuang, Pandanus Weaving. Selangor Darul Ehsan: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Zuraini Z., Fatimah H., Hasmawati H., & Noresah M. S. (2006). Cabaran Pendidikan Secara Jarak Jauh: Kesedaran Dan Pendedahan Dalam Era Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT). Diperoleh daripada http://eprints.usm.my/5590/1/Cabaran_ Pendidikan_Secara_jarak_Jauh_Kesedaran_Dan_Pendedahan_Dalam_Era_ Teknologi_Maklumat_Dan_Komunikasi_%28ICT%29.pdf. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |