UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Muhd Arif Nubli Shafie
Title : Kerangka piawaian pembelajaran menggunanakan Google Classroom untuk pengajaran bagi kursus urban hortikultur di Politeknik Nilai
Hits :4
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti komponen _ komponen, elemen _ elemen dan menghasilkan reka bentuk kerangka piawaian yang diperlukan dalam pembelajaran menggunakan Google Classroom sebagai medium pengajaran bagi kursus Urban Hortikultur berdasarkan kesepakatan pakar. Kajian ini telah dilaksanakan berdasarkan analisis Kaedah Fuzzy Delphi dengan menggunakan borang soal selidik melalui soalan _ soalan mengandungi item dengan skala likert tujuh mata. Manakala 20 orang pakar sebagai sampel kajian yang terdiri daripada 10 orang pensyarah Politeknik, empat orang pensyarah Kolej Komuniti, dua orang pensyarah Universiti dan empat orang pakar ICT. Dapatan data dianalisis berdasarkan penomboran segitiga fuzzy (Triangular Fuzzy Number) dan kedudukan (ranking) setiap pemboleh ubah ditentukan berdasarkan proses _deffuzification_ iaitu nilai skor fuzzy (A). Berdasarkan maklum balas kesepakatan pakar menunjukkan kesemua komponen dan elemen dalam komponen garis panduan pembelajaran mencapai persetujuan kesepakatan pakar iaitu peratusan mencapai kesepakatan pakar melebihi 75%, nilai Threshold (d) _0.2 dan nilai skor fuzzy (A) melebihi 0.5. Komponen Pedagogi berada kedudukan ranking pertama iaitu nilai Threshold (d) 0.142 dan nilai skor fuzzy (A) 0.868 merupakan komponen penting bagi proses pengajaran yang berkesan. Manakala tiga komponen berada kedudukan ranking kedua iaitu Psikologi Pembelajaran, Proses Reka Bentuk Pengajaran dan Keperluan Pelajar sebanyak iaitu nilai Threshold (d) 0.138 dan nilai skor fuzzy (A) 0.863. Komponen yang terakhir berada kedudukan ranking kelima adalah Psikologi Pembelajaran iaitu nilai Threshold (d) 0.161 dan nilai skor fuzzy (A) 0.823. Ini menunjukkan kajian ini dapat memberi panduan dan rujukan yang berguna kepada pensyarah _ pensyarah di politeknik untuk membangunkan kerangka pembelajaran atas talian menggunakan aplikasi Google Classroom pada masa akan datang.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.