|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan terbaik kepimpinan steward guru besar dalam pelaksanaan Sistem Kawalan Dalaman (SKD) bagi pengurusan kewangan di sekolah rendah. Kajian ini dijalankan di tujuh buah sekolah rendah bantuan penuh kerajaan di daerah Hilir Perak yang telah berjaya mendapat taraf audit kewangan cemerlang tiga tahun berturut-turut. Pendekatan penyelidikan kualitatif dilaksanakan sepenuhnya dengan menggunakan kajian kes berganda yang berbentuk eksploratori. Seramai tujuh peserta kajian terlibat iaitu guru besar di tujuh buah sekolah rendah tersebut yang dipilih melalui pensampelan bertujuan. Dalam kajian ini, tujuh kerani kewangan dan tujuh juruaudit dalaman terlibat sebagai informan. Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini menggunakan kaedah temu bual, senarai semak dan analisis dokumen. Data dianalisis melalui analisis tematik menggunakan NVivo 12. Dapatan kajian mendapati sepuluh tema dan 67 kategori telah dibentuk bagi menunjukkan penerapan amalan terbaik kepimpinan steward guru besar dalam empat aspek iaitu kawalan pengurusan, kawalan terimaan, kawalan perbelanjaan dan kawalan pengurusan aset dan stor. Sepuluh tema ini ialah penguasaan peribadi, visi peribadi, pementoran, menghargai kepelbagaian, perkongsian visi, mengambil risiko dan bereksperimen, mengakui kelemahan dan matang, meningkatkan kesedaran, menyampaikan hasil serta menyuntik nilai kerohanian. Antara amalan terbaik yang diterapkan ialah amalan memantau kemajuan peribadi, menghargai maklum balas, mengingatkan tentang hukum agama, mengiktiraf sumbangan dan mewujudkan model peranan. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya meneroka secara mendalam amalan terbaik kepimpinan steward guru besar untuk melayani dan mendidik ahli-ahli organisasi yang terlibat dengan jawatankuasa kewangan sekolah. Hasilnya, budaya kolektif semasa pelaksanaan SKD dalam tadbir urus kewangan berjaya diimplimentasi berlandaskan Arahan Perbendaharaan 308. Implikasi kajian menunjukkan amalan terbaik kepimpinan steward guru besar berjaya menyumbang kepada pelaksanaan SKD bagi pengurusan kewangan cemerlang dalam ekosistem pendidikan di Malaysia, sekaligus mengoptimumkan keupayaan pemimpin sekolah bagi mewujudkan organisasi pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |