UPSI Digital Repository (UDRep)

Amalan terbaik kepimpinan steward guru besar dalam pelaksanaan system kawalan dalaman bagi pengurusan kewangan sekolah rendah

AVAILABLE Thesis 155 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Amalan terbaik kepimpinan steward guru besar dalam pelaksanaan system kawalan dalaman bagi pengurusan kewangan sekolah rendah
Type
Thesis
Main Author
Mohamad Firdaus Abd Rashis Fikri
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan terbaik kepimpinan steward guru besar dalam pelaksanaan Sistem Kawalan Dalaman (SKD) bagi pengurusan kewangan di sekolah rendah. Kajian ini dijalankan di tujuh buah sekolah rendah bantuan penuh kerajaan di daerah Hilir Perak yang telah berjaya mendapat taraf audit kewangan cemerlang tiga tahun berturut-turut. Pendekatan penyelidikan kualitatif dilaksanakan sepenuhnya dengan menggunakan kajian kes berganda yang berbentuk eksploratori. Seramai tujuh peserta kajian terlibat iaitu guru besar di tujuh buah sekolah rendah tersebut yang dipilih melalui pensampelan bertujuan. Dalam kajian ini, tujuh kerani kewangan dan tujuh juruaudit dalaman terlibat sebagai informan. Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini menggunakan kaedah temu bual, senarai semak dan analisis dokumen. Data dianalisis melalui analisis tematik menggunakan NVivo 12. Dapatan kajian mendapati sepuluh tema dan 67 kategori telah dibentuk bagi menunjukkan penerapan amalan terbaik kepimpinan steward guru besar dalam empat aspek iaitu kawalan pengurusan, kawalan terimaan, kawalan perbelanjaan dan kawalan pengurusan aset dan stor. Sepuluh tema ini ialah penguasaan peribadi, visi peribadi, pementoran, menghargai kepelbagaian, perkongsian visi, mengambil risiko dan bereksperimen, mengakui kelemahan dan matang, meningkatkan kesedaran, menyampaikan hasil serta menyuntik nilai kerohanian. Antara amalan terbaik yang diterapkan ialah amalan memantau kemajuan peribadi, menghargai maklum balas, mengingatkan tentang hukum agama, mengiktiraf sumbangan dan mewujudkan model peranan. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya meneroka secara mendalam amalan terbaik kepimpinan steward guru besar untuk melayani dan mendidik ahli-ahli organisasi yang terlibat dengan jawatankuasa kewangan sekolah. Hasilnya, budaya kolektif semasa pelaksanaan SKD dalam tadbir urus kewangan berjaya diimplimentasi berlandaskan Arahan Perbendaharaan 308. Implikasi kajian menunjukkan amalan terbaik kepimpinan steward guru besar berjaya menyumbang kepada pelaksanaan SKD bagi pengurusan kewangan cemerlang dalam ekosistem pendidikan di Malaysia, sekaligus mengoptimumkan keupayaan pemimpin sekolah bagi mewujudkan organisasi pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.