UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan dan keberkesanan komik digital Chembonding bagi bidang pembelajaran ikatan Kimia tingkatan empat

AVAILABLE Thesis 245 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembangunan dan keberkesanan komik digital Chembonding bagi bidang pembelajaran ikatan Kimia tingkatan empat
Type
Thesis
Main Author
Muhammad Hanafi Md Saad
Subject
PN Literature (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan membangunkan komik digital ChemBonding dan mengenal pasti keberkesanannya dalam meningkatkan pencapaian pelajar tingkatan empat bagi bidang pembelajaran ikatan kimia. Kajian ini menggunakan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan Terubahsuai (PRP) berpandukan model reka bentuk instruksional ADDIE dalam membangunkan komik digital ChemBonding. Pemilihan sampel dijalankan secara pensampelan rawak mudah melibatkan 50 pelajar tingkatan empat aliran sains di dua sekolah menengah di daerah Perak Tengah. Seramai 25 orang pelajar dalam kumpulan kawalan menjalani pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara konvensional manakala 25 orang pelajar dalam kumpulan rawatan menjalani PdP menggunakan komik digital ChemBonding. Data dikumpul menggunakan borang kesahan kandungan komik digital ChemBonding, praujian dan pascaujian. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan nilai min dan sisihan piawai manakala secara inferensi menggunakan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan aras persetujuan Cohen_s kappa adalah baik bagi kesahan kandungan komik digital ChemBonding (_ = 0.621). Didapati tiada perbezaan min markah pencapaian yang signifikan dalam praujian (p > 0.05) antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Ini menunjukkan pencapaian dalam praujian bagi kedua-dua kumpulan adalah setara. Keputusan analisis ujian-t sampel bebas menunjukkan terdapat perbezaan min markah pencapaian yang signifikan (t = -3.58, p < 0.05) dalam pascaujian antara kumpulan kawalan dan rawatan. Kesimpulannya, komik digital ChemBonding berjaya dibangunkan dan memperoleh kesahan yang baik. Pembelajaran menggunakan komik digital ChemBonding berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Implikasinya, komik digital ChemBonding sesuai digunakan dalam PdP di dalam kelas untuk meningkatkan pencapaian pelajar bagi bidang pembelajaran ikatan kimia tingkatan empat.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.