UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Siti Suraiyah M.Horsi
Title :Aplikasi modul integrasi choice theory reality therapy menggunakan aktiviti ekspresif seni terhadap stress kebimbangan dan kemurungan guru-guru di sekolah
Hits :4
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan dan meneroka aplikasi modul integrasi Choice Theory Reality Therapy (CTRT) menggunakan aktiviti Ekspresif Seni (ES). Reka bentuk kajian kualitatif ini melibatkan dua peringkat, iaitu (1) pembangunan modul dan (2) aplikasi modul. Pembangunan modul menggunakan model ADDIE, manakala aplikasi modul menggunakan reka bentuk kajian kes. Seramai 16 orang peserta kajian terlibat, terdiri daripada empat orang kaunselor pendidikan, empat orang klien, dan lapan orang pakar. Pengumpulan data menggunakan protokol temu bual dan analisis dokumen, sementara analisis data menggunakan padanan pola dengan perisian Atlas.ti 24. Dapatan kajian keperluan menghasilkan lapan tema iaitu: (1) masalah hubungan personal dan profesional, (2) situasi semasa profesion pendidikan, (3) penerimaan klien terhadap situasi yang berlaku, (4) masalah kesihatan yang dialami oleh guru-guru, (5) komunikasi yang digunakan dalam hubungan, (6) alternatif rawatan stres, kebimbangan, dan kemurungan, (7) kaedah pelaksanaan rawatan, dan (8) peranan kaunselor yang memberikan rawatan. Draf modul telah melalui proses kesahan pakar dengan indeks kesahan kandungan (CVI) yang tinggi, iaitu kesahan modul (89.58%), kesahan bahasa (87.50%), dan kesahan kandungan (92.83%). Seterusnya, peringkat aplikasi modul melibatkan kajian kes di sebuah daerah di Selangor, dan sebanyak 11 tema telah dikenal pasti iaitu: (1) prosedur pelaksanaan sesi, (2) keharmonian dalam perhubungan personal dan profesional, (3) status kesihatan fizikal mempengaruhi kelangsungan hidup, (4) penyesuaian peranan, (5) sokongan daripada individu yang signifikan, (6) harapan untuk kekal bersemangat, (7) ketenangan apabila menghadapi tekanan, (8) nilai peribadi yang dipegang klien, (9) aktiviti ES memandu tingkah laku keseluruhan, (10) kemahiran yang diaplikasikan oleh kaunselor, dan (11) modul integrasi CTRT-ES memberi kesan positif kepada klien. Implikasi dan cadangan dalam kajian ini adalah untuk mengetengahkan pendekatan inovatif integrasi modul CTRT menggunakan aktiviti ES dalam membantu guru-guru yang mengalami stres, kebimbangan, dan kemurungan. Walau bagaimanapun, limitasi dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan dan hanya merujuk kepada konteks yang dikaji sahaja.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.