UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Siti Jariah Sahar
Title :Kerangka kemahiran kebolehkerjaan dalam bidang teknikal pelajar Kolej komuniti
Hits :2
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Teknikal dan Vokasional
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kemahiran kebolehkerjaan semakin kritikal dan penting dalam konteks Industri 4.0. Kemahiran ini diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing dalam era Industri 4.0 yang dinamik dan berteknologi tinggi. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan kerangka kemahiran kebolehkerjaan dalam bidang teknikal pelajar Kolej Komuniti. Kerangka konseptual kajian ini berdasarkan kepada beberapa teori iaitu teori Holland, teori Goleman dan teori Pembangunan Kerjaya Super. Model yang digunakan dalam kajian ini pula adalah 21st Century Skills, SCANS, serta Trasferrable Skills Framework. Rekabentuk kajian adalah pembangunan konstruk kerangka kemahiran kebolehkerjaan. Data empirikal kajian dipungut dengan menggunakan instrumen soal selidik, senarai semak dan protokol temubual. Teknik persampelan bertujuan digunakan untuk memilih lima orang pakar bidang TVET manakala teknik persampelan rawak berstrata digunakan untuk memilih 160 pensyarah bidang teknikal daripada populasi (N = 273) di Kolej Komuniti di Semenanjung Malaysia. Analisis data temubual pakar yang dijalankan mendapati enam (6) kepentingan dan empat (4) keperluan kemahiran kebolehkerjaan dalam bidang teknikal adalah penting untuk pelajar Kolej Komuniti. Hasil kajian mendapati 19 kriteria kemahiran kebolehkerjaan dalam bidang teknikal pelajar Kolej Komuniti. Instrumen soal selidik telah dibangunkan dengan menggunakan 19 konstruk yang telah disahkan oleh pakar. Perisian Statistical Package for The Social Sciences (SPSS) Versi 23.0 dan Perisian Analysis of Moment Structures (AMOS) digunakan untuk menganalisis data kajian. Analisis Faktor Konfirmatori (AFK) yang dijalankan mendapati 11 konstruk yang mencapai indeks kesepadanan yang baik (Chi-square (44) = 81.14, p < 0.001, RMSEA = 0.073, CFI = 0.951, TLI = 0.939, GFI = 0.918) dalam kerangka kemahiran kebolehkerjaan pelajar kolej komuniti. Konstruk utama dalam kerangka kemahiran kebolehkerjaan berdasarkan AFK termasuk pemikiran kognitif dan fleksibel, kemahiran penilaian dan membuat keputusan, pemikiran kritikal, pemikiran kreatif-inovatif, pengetahuan kepelbagaian bidang dan kemahiran praktikal. Kesimpulanya, kajian ini telah mengesahkan11 konstruk utama dalam Kerangka Kemahiran Kebolehkerjaan Dalam Bidang Teknikal Pelajar Kolej Komuniti. Implikasi utama kajian adalah kerangka kebolekerjaan ini boleh dijadikan panduan untuk menghasilkan graduan teknikal yang berkualiti serta berdaya saing dalam pasaran pekerjaan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.