UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Masliza Siti Ramli
Title :Pembangunan dan pengujian modul chable bagi tajuk Matematik pengguna terhadap pencapaian dan kemahiran berfikir murid tingkatan empat
Hits :39
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Pembelajaran Berasaskan Cabaran (PBC) adalah pendekatan yang berpusatkan murid, di mana murid bekerjasama dalam kumpulan bagi mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah. Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah modul berintegrasikan PBC dan menilai keberkesanannya terhadap pencapaian Matematik Pengguna, Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), dan Kemahiran Berfikir Secara Kritis (KBSK) murid Tingkatan 4. Modul ini dinamakan Modul CHABLE iaitu singkatan kepada CHAllenge Based LEarning. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan dan dilaksanakan melalui tiga fasa. Pada Fasa Analisis Keperluan, soal selidik melibatkan 39 guru matematik ditadbir bagi mengenal pasti keperluan membangunkan modul PBC. Seterusnya, Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan melibatkan pembangunan Modul CHABLE berdasarkan model ADDIE dan model Gerlach dan Ely. Kesahan kandungan modul ditentukan oleh tiga pakar, manakala penilaian modul melibatkan lapan pakar. Kajian rintis terhadap 30 murid Tingkatan 4 dilaksanakan bagi menilai kebolehpercayaan modul. Fasa Penilaian melibatkan kajian sebenar terhadap 52 murid Tingkatan 4 dari sebuah sekolah di Manjung, Perak, yang dibahagikan kepada kumpulan rawatan (26 murid) dan kumpulan kawalan (26 murid) melalui persampelan rawak mudah. Dua instrumen digunakan, iaitu Ujian Pencapaian Matematik Pengguna dan Soal Selidik KBSK. Data dianalisis menggunakan ANCOVA dan MANCOVA. Dapatan kajian menunjukkan Modul CHABLE memenuhi syarat kesahan dan kebolehpercayaan yang ditetapkan. Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian, KBAR, KBAT dan KBSK bagi kedua-dua kumpulan. Namun kumpulan rawatan menunjukkan perbezaan signifikan yang lebih ketara berbanding kumpulan kawalan, apabila min skor pra pencapaian, KBAR, KBAT dan KBSK dijadikan kovariat. Secara keseluruhannya, Modul CHABLE yang dibangunkan memenuhi syarat kesahan dan kebolehpercayaan serta berkesan dalam meningkatkan pencapaian Matematik Pengguna serta kemahiran berfikir murid.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.