|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan membangunkan modul pembelajaran THINK yang diintegrasikan dengan konsep Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 5 menggunakan Penyelidikan Reka bentuk dan Pembangunan (PRP) atau Design and Development Research (DDR) modifikasi. Program intervensi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) berdasarkan Modul THINK dijalankan selama 10 minggu untuk melihat kesannya menggunakan ujian KBAT dan soal selidik M-21CSI. Modul THINK yang dibangunkan mempunyai peratus persetujuan yang tinggi iaitu 90% bagi kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dengan indeks kebolehpercayaan Alfa Cronbach 0.935. Keberkesanan Modul THINK terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan Kemahiran Abad ke-21 diuji pada fasa penilaian menggunakan kaedah pra-eksperimen- kajian kes sekali (one shot case study) di tiga jenis sekolah rendah harian di daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang dipilih secara rawak mudah dan melibatkan sampel kajian seramai 3 orang guru dan 93 orang murid. Min skor keseluruhan bagi ujian KBAT mencatatkan (M=70.60) yang menunjukkan tahap penguasaan KBAT murid berada pada tahap yang baik bagi ketiga-tiga buah sekolah. Manakala, min skor keseluruhan bagi soal selidik M-21CSI pula mencatatkan (M=4.19) yang menunjukkan tahap penguasaan Kemahiran Abad ke-21 murid berada pada tahap yang tinggi. Keputusan analisis ujian ANOVA bagi tahap penguasaan KBAT antara ketiga-tiga buah sekolah menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p>0.05, p=.835. Manakala, analisis data bagi tahap penguasaan Kemahiran Abad ke-21 antara ketiga-tiga buah sekolah menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p>0.05, p=.487. Nilai pekali Pearson, r, bagi hubungan KBAT dan Kemahiran Abad ke-21 adalah .024 (r =.024). Ini bermakna kedua-dua pemboleh ubah tidak mempunyai hubungan yang positif. Kesimpulannya, penggunaan Modul THINK dalam proses PdPc dapat meningkatkan KBAT dan Kemahiran Abad ke-21 dalam kalangan murid dengan signifikan. Secara tuntasnya, kajian ini dapat menambahkan sumber rujukan guru dan murid dalam PdPc melalui pengintegrasian STEM. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |