|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Projek kajian ini merupakan eksplorasi bentuk barangan kraf tembaga menerusi integrasi teknologi yang menerokai dan memanipulasi bentuk kraf tembaga dari Terengganu. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka pengaruh gabungan penggunaan teknologi dalam aspek bahan, peralatan dan mesin serta penggunaan perisian komputer terhadap estetika struktur reka bentuk kraf tembaga kontemporari. Artis utama yang terlibat dalam kajian ini ialah Daniel Michel, Robert Lazzarini, Ah Xian, Michael Eden, Thomas Irven, Joshua Harker dan Dario Santacroce. Karya-karya rujukan ini menekankan kepada isu penyesuaian teknologi, simbol kebudayaan, interaksi manusia, media dan materialiti. Teori Kraf dan Konsep Teknologi dan Kraf digunakan untuk mengkontekstualisasikan projek penyelidikan. Penyelidikan dijalankan menggunakan kaedah Penyelidikan Praktis Studio menerusi pendekatan refleksi kritikal kendiri, eksperimentasi studio dan ulasan kontekstual. Projek penyelidikan ini menyumbang kepada bidang Seni Halus dan industri reka bentuk Kraf dengan mewujudkan idea kolektif dalam konteks integrasi teknologi dalam penghasilan rekabentuk yang kompleks dan unik yang berupaya meningkatkan nilai dan estetika bentuk sesuatu produk seni. Projek penyelidikan ini juga memberi inspirasi kepada persepsi baharu tentang penyesuaian, peranan dan kepentingan teknologi terkini di dalam proses penghasilan produk. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |