UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Aziah Samichan
Title :Pembangunan model watan kepimpinan instruksional sekolah di Malaysia
Hits :3
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan model watan kepimpinan instruksional sekolah di Malaysia. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan Penyelidikan Reka bentuk dan Pembangunan (DDR) ubah suai melibatkan fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan serta fasa penilaian. Objektif fasa analisis keperluan adalah untuk mengenal pasti wujudnya keperluan dalam membangunkan model tersebut. Fasa ini menggunakan kaedah tinjauan melibatkan 370 orang bakal pemimpin sekolah dan kaedah temu bual tiga orang pakar dalam bidang kepimpinan instruksional di lapangan. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat keperluan yang tinggi untuk membangunkan model watan kepimpinan instruksional (M=4.389, SP=0.789) dan konsensus pakar secara tematik. Manakala, dalam fasa reka bentuk dan pembangunan, satu prototaip model telah dihasilkan menggunakan kaedah Nominal Group Technique (NGT) dan Interpretive Structural Modelling (ISM) melibatkan sembilan orang pakar dalam bidang kepimpinan instruksional. Kesepakatan pakar menunjukkan sebanyak 26 elemen menjadi asas kerangka model (kesepakatan pakar > 70%) . Model prototaip dikategorikan kepada lima dimensi iaitu Akhlak (4 elemen), Nilai dalam Organisasi (3 elemen), Wawasan (4 elemen), Akauntabiliti dalam Instruksional (7 elemen) serta Tadbir Urus (8 elemen). Seterusnya, model ini diuji kebolehgunaan pada fasa penilaian. Seramai 25 orang pakar bidang kepimpinan instruksional dilibatkan menggunakan kaedah Fuzzy Delphi (FDM). Analisis dapatan FDM menunjukkan keseluruhan dimensi dan elemen dalam prototaip model diterima kebolehgunaannya secara konsensus (threshold (d) _ 0.2, peratus > 75% dan _-cut (A) > 0.5). Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya membangunkan satu model watan kepimpinan instruksional di Malaysia terdiri daripada lima dimensi iaitu Akhlak, Nilai dalam Organisasi, Wawasan, Akauntabiliti dalam Instruksional dan Tadbir Urus. Implikasinya, model kepimpinan instruksional yang dibangunkan beracuankan tempatan ini dapat dijadikan garis panduan kepada pemimpin pendidikan serta kumpulan penggubal dasar dalam melaksanakan kepimpinan instruksional sekolahsekolah di Malaysia._ _ _ _ _
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.