Kompetensi pelaksana dalam implementasi modul kerohanian dan Pendidikan islam di institusi pemulihan akhlak
Type
Thesis
Main Author
Syarifah Fatin Fasihah Syid Hassanuddin
Subject
BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi pelaksana aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan modul kerohanian dan pendidikan Islam dari di institusi pemulihan akhlak. Kajian ini menggunakan kerangka teori kompetensi Spencer dan Spencer dengan menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu kaedah soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences Version 29.0 (SPSS). Seramai 61 orang pelaksana modul kerohanian dan pendidikan Islam dari 3 buah institusi pemulihan akhlak di Malaysia menjadi sebagai sampel kajian untuk menjawab instrumen soal selidik. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi iaitu kekerapan, peratusan, min, sisihan piawaian dan ujian analisis perbezaan MANOVA. Dapatan kajian untuk analisis deskriptif menunjukkan pengetahuan berada pada tahap yang tinggi (min=3.87, sp=0.67 manakala kemahiran juga berada pada tahap yang tinggi (min=3.81, sp=0.63) dan akhir sekali sikap berada pada tahap tinggi (min=4.12, sp=0.6). Analisis perbezaan MANOVA pula menunjukkan tahap pendidikan mempunyai hubungan yang signifikan terhadap tahap kompetensi pelaksana. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang tinggi terhadap implementasi modul kerohanian dan pendidikan Islam. Implikasi kajian in menunjukkan bahawa pelaksana perlu meningkatkan kompetensi diri dari aspek pengetahuan dan kemahiran secara berterusan dari masa ke semasa dan memupuk sikap yang positif dalam diri supaya amalan implementasi modul kerohanian dan pendidikan dapat memberi impak terhadap pelatih dalam proses pemulihan di institusi pemulihan akhlak.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.