|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan kemahiran interaksi pertuturan yang diberikan penekanan dalam kurikulum Bahasa Melayu di sekolah menengah di Singapura sejak tahun 2011. Kajian ini menggunakan kaedah campuran, iaitu kuantitatif dan kualitatif untuk mengumpulkan data. Model Penilaian CIPP oleh Stufflebeam, D. L. & Shinkfield, A. J. dipilih untuk menilai program ini. Keempatempat aspek penilaian dalam model ini digunakan dalam penilaian, iaitu penilaian konteks, penilaian input, penilaian proses dan penilaian produk. Seramai 90 orang guru yang mengajar Bahasa Melayu dan 280 pelajar Menengah 3 yang mengambil Bahasa Melayu Kursus Ekspres dipilih secara rawak daripada 40 buah sekolah daripada empat zon di Singapura: utara, timur, selatan dan barat. Dapatan penilaian konteks menunjukkan bahawa secara keseluruhannya guru-guru menyambut baik pelaksanaan ini dan berpendapat bahawa penekanan terhadap kemahiran interaksi pertuturan dalam kurikulum yang disemak semula tepat pada waktunya. Bagi dapatan penilaian input, para guru dan pelajar memberikan maklum balas tentang beberapa keprihatinan yang berkaitan dengan pelaksanaan kemahiran ini seperti bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dan masa kurikulum tidak mencukupi, latihan guru dan aktiviti sokongan. Dapatan penilaian proses menunjukkan bahawa guru menggunakan pelbagai strategi, teknik dan bahan bantu mengajar namun guru masih mengalami kesukaran dalam melaksanakan pengajaran disebabkan oleh kekangan masa, kurangnya pengetahuan dan kesedaran guru tentang kemahiran ini, kurangnya sokongan pihak sekolah dan bahanbahan yang kurang pelbagai dan tidak mencukupi. Dapatan penilaian produk menunjukkan bahawa pelajar-pelajar secara keseluruhannya mengalami kesukaran untuk bertutur secara dua hala. Mereka berasa sukar untuk bertutur dengan lancar, spontan dan yakin. Kesimpulannya, pelaksanaan kemahiran interaksi pertuturan yang dilaksanakan sebenarnya tidak memenuhi hasrat seperti yang dinginkan oleh objektif kurikulum. Implikasinya, semakan kurikulum pada masa depan perlu memberikan perhatian kepada bahan-bahan pengajaran, waktu kurikulum, sokongan pihak sekolah, latihan-latihan guru, bengkel-bengkel untuk pelajar dan aktiviti-aktiviti sokongan supaya pelaksanaan kemahiran interaksi pertuturan dapat dipertingkatkan dan hasrat kurikulum dapat dicapai sepenuhnya. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |