|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian eksperimen ini bertujuan mengukur Kesan Intervensi Kelompok Bimbingan Modul Al Muhasibi (MAM) terhadap Konsep Kerohanian (KE) dan Kecerdasan Emosi (KE) pelajar di Insitut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Kajian ini melibatkan 80 orang pelajar IPG yang dibahagikan kepada 2 kelompok iaitu kelompok rawatan (n = 40) dan kelompok kawalan (n=40). Inventori Penghayatan Pendidikan Islam Pelajar Menengah (IPPIP-M) dan Inventori Kecerdasan Emosi (IKE) telah digunakan. Subjek kelompok kajian diberi rawatan bimbingan selama sembilan minggu. Data dianalisis menggunakan kaedah T-Test dan Anova pada nilai aras signifikan 0.05. Kajian mendapati bahawa kelompok bimbingan MAM berkesan bagi meningkatkan konsep kerohanian dan kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dalam aspek Konsep Kerohanian dan Kecerdasan Emosi. Bagi pemboleh ubah terikat konsep kerohanian iaitu Aqidah (skor ujian pra (M=4.3223, SP=.30373) berbanding dengan skor pos ujian (M=4.6733, SP=.15681); t(40) = -9.521, p |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |